Bayi Tikus Diambil Dan Dijadikan Minuman Kesihatan, Anda Berani Cuba 5 Minuman Yang Menjijikkan Ini?

Jika anda berpeluang menjelajah ke seluruh dunia atau bercuti ke luar negara dan anda ingin mencuba sesuatu sesuatu yang baharu, anda boleh mencuba meneguk minuman aneh dan jijik yang disenaraikan di bawah.

Itupun jika anda benar-benar nekad untuk mencuba!

Kalau anda yakin yang anda cukup kuat untuk mencuba satu daripada lima senarai minuman menjijikkan dari seluruh dunia yang bakal kami kongsikan, jangan terlepas satu pun minuman yang disenaraikan daripada pandangan mata anda!

1. Wain ular

Nama pun sudah cukup memualkan dan jijik. Minuman aneh ini adalah minuman yang sangat popular di China dan merupakan minuman yang diamalkan oleh penduduk China selama berabad.

Anehnya, minuman ini masih wujud sehingga ke hari ini di bahagian India dan Asia Tenggara yang tertentu.

Wain ini pada mulanya racun ular yang dicampurkan dengan alkohol untuk menyahaslikan racun itu dan digunakan sebagai ubat.

2. Bayi tikus yang ditapai

Minuman ini adalah minuman tradisional dari China dan Korea. Meskipun kelihatan menjijikkan, arak ini dipercayai ubat yang efektif untuk asma dan baik untuk hati.

Proses pembuatan arak ini sangat mengerikan. Bayi tikus yang baru lahir diambil kemudian dimasukkan ke dalam kendi arak beras hidup-hidup.

3. Koktel jari kaki manusia

Lihat gambar pun sudah cukup meloyakan tekak. Minuman menjijikkan ini bangga dihidangkan sejak 1973 di sebuah bar bernama Sourtoe Cocktail yang terletak di Dawson, wilayah Yukon.

Tidak masuk akal apabila orang ramai yang merupakan penduduk setempat telah menyumbangkan jari-jemari kaki mereka kepada bar ini.

Penulis terfikir, apakah mereka yang jual jari kaki ini dapat tebus perlindungan insuran?

4. Bilk

Asal-usul minuman ini agak lucu. Pada awalnya merupakan susu perahan sapi yang merupakan haiwan ternakan dari sebuah kota kecil dan susu perahan itu terlebih daripada jumlah yang dijangkakan.

Untuk mengelakkan pembaziran, mereka memutuskan untuk mencampurkan susu lebihan itu dengan bir. Maka terjadilah bilk iaitu minuman campuran antara bir dan milk (susu).

Rata-rata mereka yang pernah mencuba minuman ini menjelaskan rasanya seperti jus buah-buahan.

5. Gau Jal-air kencing sapi bersoda

Sekumpulan nasionalis Hindu terkemuka pernah memutuskan untuk berhenti meminum Coca-Cola dan ingin menggantikan minuman karbonat itu dengan sesuatu yang lebih sihat.

Oleh kerana sapi merupakan haiwan yang sangat suci dalam budaya Hindu, mereka nekad untuk menggunakan air kencing sapi dan kotoran sebagai minuman harian kerana percaya bahawa kedua bahan ini sangat sihat malah dapat digunakan untuk menghasilkan minuman yang lebih sihat bagi umat manusia.

Setelah menahan loya yang teramat, anda masih yakin untuk cuba meneguk minuman-minuman yang terdapat di dalam senarai di atas?

Artikel Lain Untuk Di Baca