Bayi Pramatang Seberat 1 Tin Coke Kini Hidup Normal

Tiada siapa sangka seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada usia 24 minggu dengan berat hanya 340 gram kini mampu hidup sebagai kanak-kanak normal. Kejadian ini dilaporkan berlaku di London.

Isabella sewaktu dilahirkan.

Memetik laporan Daily Mail UK, bayi yang diberi nama Isabella Evans itu dilahirkan pramatang selepas ibunya iaitu Kym Brown mengalami komplikasi serius.

Difahamkan, saiz tapak tangan Isabella hanya seberat duit syiling 1 Pound Sterling sahaja.

Tidak mengenal erti putus asa, Brown dan suaminya iaitu Ryan Evans kini berjaya membesarkan Isabella yang dilahirkan pada bulan Jun tahun lepas meskipun terpaksa menjadi ‘pejuang cilik’ untuk terus hidup.

Brown yang berusia 26 tahun itu disahkan hamil pada Disember 2018 dan mengalami komplikasi serius sehingga doktor hanya memberikan jaminan lima peratuas peluang untuk hidup.

Untuk rekod, Isabella menjadi bayi pramatang terkecil di Britain dalam tempoh 15 tahun kerana beratnya bersamaan dengan satu tin Coke.

Walau bagaimanapun, penderitaan kanak-kanak itu tidak hanya terhenti di situ apabila doktor mengesan terdapat lubang pada ususnya. Isabella dilaporkan perlu menjalani pembedahan segera selain dua pembedahan laser berasingan pada matanya tiga bulan kemudian.

Sebelum ini, kami pernah berkongsi tentang seorang wanita yang mengandung selama 46 tahun. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk baca artikel tersebut dan artikel lain yang berkaitan:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca