Bayi Perempuan Ini Diberi Nama Corona Sempena COVID-19

Sepasang suami isteri di Cianjur, Jawa Barat telah menamakan anak mereka yang baru lahir sebagai Corona sempena kelahiran bayi itu semasa krisis pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Menurut laporan The Jakarta Post, bayi perempuan yang diberi nama Nara Fatimah Corona itu telah dilahirkan pada hari Khamis kira-kira jam 12 malam (waktu tempatan) di Pusat Kesihatan Masyarakat Cugenang dekat Cianjur.

Bapanya, Bayu Ramdhan mengatakan bahawa nama belakang bayinya itu (Corona) tidak merujuk kepada sesuatu yang negatif semata-mata kerana perkataan itu juga membawa maksud ‘mahkota’ dalam bahasa Latin.

“Ini tidak bermaksud dengan menamakan bayi saya Corona, saya ingin dia mendapat virus. Ia hanya peringatan (mengenai wabak COVID-19),” katanya.

Untuk rekod, pasangan itu bukanlah orang pertama yang menamakan anak mereka sempena wabak itu kerana sebelum ini, terdapat juga beberapa pasangan suami isteri yang turut menamakan bayi mereka sempena virus tersebut.

Terdahulu, pasangan suami isteri di Bacolod, Filipina mengambil keputusan untuk menamakan bayi perempuan mereka yang lahir pada 13 April sebagai Covid Marie beberapa minggu selepas dua orang wanita di selatan India menamakan anak mereka Corona Kumar dan Corona Kumari sepertimana yang disarankan oleh seorang doktor di hospital tempat bayi-bayi tersebut dilahirkan.

Sebelum ini, kami pernah berkongsi kisah bayi yang diberi nama Google. Untuk baca artikel tersebut dan artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca