Bayi Lahir Bertopengkan ‘Batman’ Selamat Jalani Rawatan Pertama

Sebahagian daripada tanda lahir pada muka seorang bayi yang baru sahaja berusia lapan bulan berjaya dibuang menerusi satu pembedahan yang dijalankan oleh doktor di Rusia.

Menurut laporan media tempatan, bayi yang diberi nama Luna itu lahir dengan tanda lahir menyerupai topeng Batman.

Ibu kepada Luna mengambil keputusan untuk membawa anaknya itu bertemu dengan Dr. Pavel Popov di Rusia bagi menjalani rawatan membuang tisu kulit berwarna hitam pada mukanya.

Menurut Carol yang berusia 36 tahun itu, dia mengambil keputusan tersebut memandangkan doktor pakar di negara berkenaan menjanjikan teknik rawatan terbaharu di mana ia tidak sakit sama sekali.

Memetik laporan Daily Mail, doktor yang bertugas telah berjaya membuang lapisan tanda lahir pada dahi Luna menerusi rawatan pertama.

“Hasil rawatan di dahi Luna sangat menakjubkan dan kini saya yakin keputusan untuk datang ke Rusia adalah tepat,” katanya.

Carol mengatakan bahawa dia akan pulang ke Florida bersama Luna bagi sambutan Krismas sebelum kembali semula ke Rusia bagi rawatan seterusnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca