Bayi Berusia 16 Bulan Kritikal Gara-Gara Didera Secara Seksual Oleh Teman Lelaki Ibu

Seorang bayi yang baru sahaja berusia 16 bulan kini berada dalam keadaan kritikal apabila dia didera secara seksual oleh teman lelaki ibunya.

Gara-gara perbuatan syaitan bertopengkan manusia itu, mangsa telah mengalami beberapa kecederaan termasuklah pendarahan dan bengkak di bahagian otak. Tidak cukup dengan itu, bahagian alat sulit bayi berkenaan turut mengalami kecederaan.

Mangsa kini dilaporkan sedang berada dalam keadaan koma.

Selepas nasib malang yang menimpa bayi tidak berdosa ini dimuat naik di laman GoFundMe, ia mendapat perhatian daripada seluruh masyarakat.

Walau bagaimanapun, teman lelaki ibunya iaitu Shaw Averett menafikan tuduhan tersebut.

Averett sebelum ini ditahan di Penjara Chilton County, Amerika Syarikat. Pada 19 Julai lepas, suspek telah dibebaskan dengan ikat jamin. Dia dipercayai akan dibicarakan sekali lagi pada 15 Ogos ini.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca