Bayi Berusia 1 Tahun Menjadi ‘Influencer Travel’ Termuda Di Dunia

briggs darirngto

Baru berusia satu tahun, Briggs Darrigton telah bergelar sebagai seorang influencer travel termuda di dunia. Setakat ini, dia sudahpun mengunjungi 16 buah negeri di Amerika Syarikat dan telah menaiki lebih daripada 45 penerbangan.

Beberapa tempat telah dikunjunginya seperti Taman Nasional Yellowstone, Alaska, Delicate Arch di Utah dan pelbagai destinasi lain lagi.

Sumber: Instagram @whereisbriggs

Dilahirkan pada 14 Oktober 2020, bayi tersebut merupakan anak kepada pasangan blogger travel iaitu Steve dan Jess Darrington. Sebelum ini mereka berdua mengendalikan blog yang dikenali sebagai Part Time Tourists.

Setelah Briggs dilahirkan, mereka mahu meneruskan hasrat untuk mengembara tetapi mendapati tidak banyak perkongsian di media sosial mengenai pengembaraan sambil membawa anak kecil.

Oleh itu, tercetuslah idea untuk memberikan perkongsian bagaimana cara mengembara bersama anak kecil di media sosial. Briggs pertama kali mengembara ketika berusia tiga minggu.

Akaun Instagram Briggs, @whereisbriggs yang dikendalikan oleh ibunya mempunyai lebih daripada 32 ribu pengikut. Pelbagai perkongsian menarik yang dibuat seperti video berkaitan tips mengembara bersama bayi.

Ini telah menarik perhatian ramai orang terutamanya golongan ibu bapa muda yang ingin mengembara bersama-sama anak kecil mereka.

Kini, Briggs memperoleh pendapatan bulanan sebanyak 1,000 USD (RM4,150) daripada pihak penajaan. Dengan hanya mengembara ke seluruh Amerika Syarikat, bayi ini juga mendapat lampin dan tisu basah secara percuma.

Secara tidak langsung Briggs mencipta rekod baharu sebagai influencer travel termuda.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca