Bayi Bernama Google Terima Hadiah Istimewa Daripada Google

Kisah pasangan suami isteri yang menamakan anak mereka Google telah tular dan menjadi topik perbualan hangat hingga ke hari ini. Ia bukan sahaja mendapat perhatian warganet malah ia juga berjaya mencuri perhatian syarikat teknologi gergasi dunia itu sendiri.

Syarikat Google telah menghubungi bapa Google (bayi itu) untuk memberi kejutan, lapor Coconuts Jakarta.

Difahamkan, Google telah mengirim hadian istimewa buat pasangan Andi Cahya Saputra dan Ella Karina dan ia dihantar menggunakan teksi terus ke kediaman mereka di Bekasi, Indonesia.

“Syarikat Google mengucapkan tahniah kepada kami serta mendoakan supaya bayi Google menjadi insan yang berguna dan akan membantu ramai orang apabila besar kelak,” katanya.

Walau bagaimanapun, mereka memilih untuk tidak berkongsi apakah hadiah yang diterima daripada pengurusan Google itu.

Mereka sepakat memberi nama Google buat anak mereka yang lahir pada 30 November lalu. Inspirasi nama tersebut diperoleh ketika kandungan Ella berusia tujuh bulan.

Pada mulanya, mereka mempunyai beberapa pilihan nama lain termasuklah Microsoft, iPhone, iOs dan Windows.

Bagaimanapun, mereka menukar fikiran pada saat akhir dan memilih nama Google.

“Namanya Google. Hanya satu perkataan, G-o-o-g-l-e,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca