Bayi Baru Lahir Antara 14 Yang Terkorban Dalam Insiden Tembakan Rambang Di Hospital Afghanistan

Sekurang-kurangnya 14 individu termasuklah dua bayi yang baru sahaja lahir menemui ajal selepas beberapa orang suspek melepaskan tembakan rambang di sebuah hospital bersalin di ibu negara Afghanistan pada Selasa.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, 15 yang lain termasuk kanak-kanak mengalami kecederaan dalam serangan tersebut.

Pada masa yang sama, foto-foto pihak berkuasa yang sedaya upaya menjalakan kerja-kerja menyelamat semasa serangan tersebut berlaku turut didedahkan oleh kementerian tersebut.

Difahamkan, ketiga-ketiga suspek yang terlibat dalam insiden ini ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dan kerja operasi menyelamat sudah pun berakhir.

Menurut saksi kejadian, seorang lelaki berpakaian uniform dilihat masuk ke klinik dan melepaskan tembakan rambang secara tiba-tiba dari hadapan pintu klinik.

Setakat ini, masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dan pihak Taliban juga nafi terlibat dalam serangan tersebut.

Punca sebenar kejadian kini masih lagi dalam siasatan.

Untuk baca artikel-artikel lain tentang insiden tembakan rambang, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca