Bayi Ada Kesan Gigitan Dan Didera Secara Seksual, Pedofilia Ini Dihukum Penjara 22 Tahun

Seorang lelaki bernama Kane Fanelli telah dijatuhkan hukuman penjara selama 22 tahun akibat penderaan seksual dan fizikal yang dilakukan terhadap seorang bayi berusia 18 bulan.

Pelaku yang berusia 27 tahun itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan sejak bulan Mei hingga Jun 2018.

Kesan daripada perlakuan kejam pelaku, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius pada seluruh tubuh badannya.

Ini kerana terdapat kesan seperti lebam, bengkak, luka bakar, bekas gigitan, melecet dan trauma pada badan bayi tersebut.

Kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak tersebut dikategorikan sebagai parah sehinggakan satu daripada ahli pediatrik di hospital tempat mangsa dirawat berkata, “Sepanjang 25 tahun bertugas, saya jarang melihat kecederaan sedemikian terhadap kanak-kanak.”

Menurut laporan Mstar, sejurus selepas mangsa diberikan rawatan perubatan, bayi berkenaan telah diletakkan di bawah perlindungan pihak berkuasa.

Pelaku yang berasal dari Clover Close, Luton telah disabitkan bersalah selepas perbicaraan berlangsung selama seminggu di Mahkamah St Albans.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca