Pernahkah anda semak baki akaun bank dan hanya mampu mengeluh? Namun, pada masa yang sama, anda mahu menginap di sebuah hotel? Jangan risau, anda cuma perlu membayar RM5 sahaja untuk bermalam di hotel ini.
Walaupun kedengaran pelik, Business Ryokan Asahi yang terletak di bandar Fukuoka, Jepun ini menawarkan harga yang murah iaitu 130 yen (RM5) untuk satu malam setiap hari.
Sebaliknya, pihak hotel berkenaan akan merakam aksi anda di bilik tersebut dan membuat liputan secara langsung di YouTube sekiranya anda bersetuju untuk menginap di sini.
Seorang wartawan dari SoraNews24 telah berkunjung ke hotel berkenaan untuk melihat kesahihan perkara itu.
Sumber: SoraNews24
Menurut laporan SoraNews24, pihak pengurusan hotel terbabit menawarkan pakej tersebut kerana bilik tersebut merupakan bilik yang paling jarang disewa. Untuk itu, mereka menawarkan bilik tersebut dengan harga yang sangat murah untuk mengelakkan kerugian.
Sumber: SoraNews24
Sumber: SoraNews24
Sumber: SoraNews24
Sekiranya anda membuat perancangan untuk bercuti ke Jepun, adakah anda sanggup untuk menginap di hotel berkenaan? Apakah pendapat anda mengenai sebuah bilik hotel yang murah tetapi dalam masa yang sama menceroboh privasi anda?
Dalam pada itu, sekiranya anda berasa takut setiap kali anda melancong, anda boleh membaca artikel ini untuk cara yang paling berkesan dalam mengesan kamera tersembunyi yang berada di dalam bilik hotel anda.