Bayar RM1,000 Untuk Salt Bae Tabur Garam, Aeril Zafrel Enggan Berkira Ketika Bercuti

Aktor ternama tanah air iaitu Aeril Zafrel menjadi bualan ramai baru-baru ini selepas dia memuat naik video menikmati hidangan stik di restoran mewah milik tukang masak terkenal Salt Bae ketika bercuti di London, England bersama isteri dan rakan-rakan.

Memetik laporan Malaysiakini, Aeril tidak menganggap tindakannya menikmati juadah berharga £1,791.70 (RM9,540) sebagai satu pembaziran dan ia berbaloi dengan harga kerana rasanya yang sedap ditambah pula dengan momen manis dihidangkan oleh Salt Bae sendiri.

“Aksi Salt Bae memotong daging dan menabur garam mempunyai kadar bayaran tertentu. Untuk aksi itu sahaja, ia sudah bernilai RM1,000. Semuanya berbaloi kerana saya belum pernah menikmati stik seenak itu. Pada pendapat saya, pengalaman yang saya saksikan ketika itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,” katanya.

Pelakon Cari Aku Di Syurga itu turut menjelaskan bahawa dia telah mengumpul wang selama dua tahun untuk melancong ke luar negara bersama isteri dan rakan-rakan.

Sumber: Instagram @aeril_zafrel

Dalam pada itu, Aeril turut berkata harga yang dikenakan untuk hidangan stik di restoran Salt Bae sebenarnya berpatutan mengikut nilai mata wang pound sterling tetapi ia menjadi mahal apabila ditukar kepada ringgit Malaysia.

“Jika terlalu berkira-kira nak bercuti, baik tak payah bercuti. Saya tidak rasa ia membazir kerana sudah alang-alang di sana, rugi kalau tidak menikmati masakan cef seperti Salt Bae.

Sama juga kalau berada di Turki, saya tetap akan pergi menikmati stik di restoran Salt Bae yang ada di situ. Lagi pun kami makan dan kongsi beramai-ramai ketika membuat pembayaran. Saya bukan bayar guna wang kami semata-mata untuk hidangan tersebut,” tambahnya.

Aeril turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa pelakon terkenal itu riyak kerana memuat naik detik-detik percutian di media sosial.

“Memang boleh simpan sahaja dalam telefon genggam tetapi kita masih boleh tengok di Instagram jika alat peranti itu rosak atau hilang,” jelasnya.

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca