“Bayar Balik Pun Takpe,” Wanita Ini Kongsi Pengalaman Jumpa Paru Berlado Paling Sedap

“Puas cari paru yang kena dengan tekak. Sebelum ini, empat orang sudah bagi saya rasa. Maaf, saya dah pesan awal-awal, kalau tak kena dengan tekak ni, saya tak reviewkan. Bayar balik pun takpe.” Wanita ini kongsikan pengalamannya mencari paru berlado yang paling sedap dan tepat dengan citarasanya.

Seorang pengguna Facebook berpengaruh, Aisha Shukor yang cukup terkenal dengan perkongsian resipi masakan di laman Facebooknya, Main Masak2 Aisha Shukor, telah berkongsikan pengalaman beliau yang berjaya menemukan paru berlado yang sedap daripada Sisik Foods.

“Bayar balik pun takpe.” Aisha Shukor menegaskan dalam hantaran Facebooknya itu bahawa rezeki boleh dicari tetapi kepercayaan orang lain terhadapnya tidak boleh digalang ganti. Setelah empat kali mencuba lauk paru berlado daripada empat penjual yang berbeza, Aisha Shukor akhirnya menemui Paru Geseq Berlado dari Sisik Foods yang telah berjaya menambat hatinya dan tepat mengena dengan seleranya.

Tambahnya lagi, rasa Paru Geseq Berlado ini sememangnya kena dengan tekak walaupun kehilangan selera apabila sakit. Paling penting sekali, paru yang telah kita bungkuskan dalam pek bersama sambal kering berlado ini tetap garing untuk dimakan.

Hantaran Facebooknya berkenaan perkongsian beliau tentang paru berlado paling sedap dari Sisik Foods, iaitu Paru Geseq Berlado itu telah berjaya meraih lebih 1,100 tanda suka daripada para pengguna Facebook.

Selain daripada berkongsi resepi masakan, Aisha Shukor juga terkenal dengan review-review makanan yang sememangnya boleh dipercayai dan dijamin enak. Jadi, setelah melihat komen positif daripada beliau mengenai Paru Geseq Berlado dari Sisik Foods, ramai yang turut menunjukkan rasa minat untuk mencuba paru berlado paling sedap ini.

Sumber: Facebook Aisha Shukor

Walaupun hanya berbekalkan feedback dan gambar sahaja, ianya sudah cukup menggambarkan keenakan yang bakal menerjah deria rasa.

Sumber: Facebook Aisha Shukor

Meninjau laman Facebook Sisik Foods, Paru Geseq Berlado yang mula dipasarkan sejak dua minggu yang lepas itu telah berjaya mendapat sambutan hangat daripada pelanggan walaupun hanya dijual secara dalam talian.

Rata-rata pelanggan menzahirkan rasa menyesal mereka kerana hanya memesan satu pek Paru Geseq Berlado ini dan sepatutnya membeli dua. Ternyata, satu pek paru berlado kegemaran ramai ini tidak cukup untuk memuaskan tekak Melayu mereka.

https://www.instagram.com/tv/CQAUwlhH5Bm/?utm_source=ig_web_copy_link

Menurut perkongsian pelakon terkenal Nur Khiriah di laman Instagramnya, anda juga boleh menggunakan kreativiti tersendiri untuk menghidangkan Paru Geseq Berlado yang ‘ready-to-eat’ ini sama ada bersama nasi putih panas-panas bersama ulam, nasi lemak, pulut kuning atau bubur nasi mengikut citarasa dan mood anda. Bahkan, anda juga boleh ratah paru berlado ini begitu sahaja tanpa sebarang hidangan sampingan. Memang ‘confirm repeat!’

Kepada si kaki pedas di luar sana pula, anda dijamin akan jatuh cinta suapan pertama dengan Paru Geseq Berlado keluaran Sisik Foods ini. Seperti yang dikatakan oleh pengguna akaun Instagram @khairulbadri, kepedasan sambal yang disediakan memberikan rasa yang istimewa dan luar biasa. Walaupun rasa pedas itu masih terlekat pada lidah, anda pasti tidak boleh berhenti untuk mengunyah. Nyatanya, Paru Geseq Berlado ini dijamin akan membuat anda ketagih nak lagi dan lagi.

Berita baik untuk si penggemar paru berlado, Paru Geseq Berlado dari Sisik Foods ini juga ‘ready-to-eat’ ataupun siap untuk dimakan pada bila-bila masa sahaja. Hanya tinggal buka dan hidang. Mudah, kan?

Anda ketandusan idea untuk masak apa buat santapan tengah hari nanti? Mahu makan malam tapi malas untuk masak? Semenjak work from home, anda semakin tak menang tangan nak sediakan makanan? Rindu nak makan paru berlado air tangan ibu tetapi tidak boleh merentas negeri kerana PKP? Jangan risau kerana Paru Geseq Berlado ini bersedia untuk menjadi penyelamat.

Bagi para suri rumah yang masak setiap hari, anda pasti pernah hampir kehilangan idea untuk menu yang ingin dihidangkan buat seisi keluarga. Jadi, Paru Geseq Berlado ini siap bersedia untuk menjadi solusi kepada permasalahan tersebut. Hanya perlu masak nasi, goreng telur dan hidangkan bersama Paru Geseq Berlado yang sudah siap untuk dimakan.

Tambah lagi, waktu PKP ini ramai orang, termasuk para isteri yang terpaksa bekerja dari rumah menjadi tidak menang tangan untuk menyiapkan tugasan kerja, menjaga anak dan mengemas rumah sehingga tidak sempat untuk menyediakan makanan untuk seisi keluarga. Paru Geseq Berlado ini dijamin dapat menyelamatkan anda daripada masalah kelaparan.

Paru Geseq Berlado dari Sisik Foods ini merupakan paru goreng yang digaul mesra dengan sambal berlada kering dan memberikan rasa pedas-pedas manis yang cukup menggiurkan.

Menariknya, salah satu keistimewaan yang membezakan Paru Geseq Berlado dari Sisik Foods ini dengan paru berlado ‘ready-to-eat’ yang lain ialah lauk ini didatangkan sambal gesek yang dibungkus secara berasingan dalam satu pek yang sama bagi mengekalkan rasa garing paru tersebut.

Bukan itu sahaja, dengan sambal tambahan yang telah diasingkan ini, anda juga boleh adjust kepedasan mengikut daya ketahanan anda sendiri supaya boleh menikmati paru berlado pilihan ramai ini dengan kepuasan yang maksima. Bagi anda yang tak tahan pedas, boleh jadikan sambal tambahan itu sebagai sos pencecah bagi menambahkan lagi perasa dalam santapan anda.

Keunikan ini telah berjaya menambat hati para pelanggan Paru Geseq Berlado, Sisik Foods juga memastikan agar bahan-bahan yang digunakan juga 100% premium dan tidak menggunakan sebarang pengawet bagi mengekalkan rasa asli paru berlado ini. Paling penting, paru yang disediakan tidak lembik sama sekali dan kekal garing walaupun telah bersalut dengan sambal kering.

Sambal gesek yang disertakan dalam pek Paru Geseq Berlado ini juga merupakan sambal yang pecah minyak. Dengan ini, sambal akan tahan dengan lebih lama untuk anda simpan pada waktu-waktu kecemasan.

Sumber: Facebook Aisha Shukor

Nampak macam tak cukup? Jangan risau sebab satu pek Paru Geseq Berlado ini adalah sebanyak 200 gram. Jadi, paru berlado kegemaran ramai ini memang sesuai untuk dimakan untuk dua hingga tiga orang sekali hidang. Walaupun sebenarnya memang akan jadi tak cukup kerana sekali anda rasa, pasti perut meminta nak lagi.

Seperti yang dinanti-nantikan, Sisik Foods ada mengadakan promosi kepada anda yang berminat untuk mencuba Paru Geseq Berlado dari mereka. Harga promosi yang diberikan adalah sebanyak RM23.90 bagi satu pek. Nak lebih jimat lagi? Anda boleh beli dua pek dengan harga RM42.80 dan anda akan jimat sebanyak RM5. Cepat rebut peluang ini sehingga 30 Jun sahaja.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba Paru Geseq Berlado dari Sisik Foods, anda boleh pesan melalui Yezza atau Whatsapp di nombor +60162240474.

Promo Hari Raya Haji Sisik Foods

Seperti yang anda tahu, Hari Raya Aidiladha bakal muncul tak lama lagi. Antara perkara yang menyedihkan, ramai anak-anak di rantau yang masih belum boleh pulang ke kampung halaman masing-masing disebabkan kes COVID-19 yang makin meningkat.

Pastinya, ramai antara anak-anak muda yang merindui juadah raya seperti ketupat palas, rendang daging, ayam masak merah, kuah kacang dan banyak lagi tetapi tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan hidangan-hidangan tersebut.

Berita baik untuk anda semua, Sisik Foods sedang mengadakan promosi sempena Hari Raya Haji. Set Raya Sisik Foods ini terdiri daripada lima jenis set yang berbeza. Set ini memang sesuai untuk para anak rantau yang tidak tahu cara memasak juadah raya atau juga untuk para isteri yang tidak sempat menyiapkan hidangan di pagi raya.

Set Suara Takbir

Set Suara Takbir (2-3 pax)
RM79.90
– Nasi Beriani 350 gram
– Nasi Impit (9 biji)
– Ayam Masak Merah 250 gram
– Kuah Kacang 250 gram

Set Seloka Raya

Set Seloka Raya (7-8 pax)
RM99.90
– Nasi Beriani 500 gram (sedia dimasak)
– Daging Hitam Palembang 500 gram
– Ayam Masak Merah 600 gram

Set Dendang Perantau

Set Dendang Perantau (2-3pax)
RM139.90 (Penghantaran percuma untuk Semenanjung Malaysia)
– Ketupat Palas (9 biji)
– Nasi Impit (9 biji)
– Nasi Beriani 350 gram (sedia dimakan)
– Rendang Daging 200 gram
– Daging Hitam Palembang 200 gram
– Ayam Masak Merah 250 gram
– Kuah Kacang 250 gram

Set Senandung Raya

Set Senandung Raya (7-8pax)
RM179.90
– Ketupat Palas (18 biji)
– Nasi Beriani 500 gram
– Daging Hitam Palembang 500 gram
– Kuah Kacang 500 gram
– Rendang Ayam 500 gram

Set Keluarga Riang Ria Raya

Set Box Keluarga Riang Ria Raya (7-8pax)
RM279.90 (Penghantaran percuma untuk Semenanjung Malaysia)
– Ketupat Palas (18 biji)
– Nasi Impit (18 biji)
– Nasi Beriani 500 gram (sedia dimasak)
– Gulai Kawah Kambing 500 gram
– Rendang Daging 500 gram
– Rendang Ayam 600 gram
– Ayam Masak Merah 600 gram
– Kuah Kacang 500 gram

Percuma Pes Asam Pedas Johor
Percuma Pes Ikan Bakar

Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba Set Raya Sisik Foods ini, anda boleh melakukan pesanan melalui Yezza atau Whatsapp di nombor +60162240474.

Artikel Lain Untuk Di Baca