Bawa Pulang Hadiah Berjumlah RM3.3 Juta, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Malaysia

Siapa kata yang bermain permainan video ini tidak bermanfaat dan tidak mendatangkan pendapatan? Permainan video kini sudah menjadi sukan di peringkat antarabangsa yang dipanggil eSports dan menjadi tumpuan remaja di seluruh dunia. Ia menjanjikan pendapatan yang lumayan sekali gus menyeronokkan para pemain.

Pemainan video yang popular dalam kalangan gamers menerusi eSports ialah Dota 2, League of Legend, Mobile Legend dan sebagainya. Berikut merupakan 5 pemain permainan video terkaya di Malaysia:

1. Chai Yee Fung

Chai merupakan pemain permainan video Dota yang mempunyai lebih 280,000 pengikut di laman Facebook. Dia telah menjadi professional gamer sejak 2011 dan telah memasuki beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa. Dia juga telah meraih RM3.3 juta hasil daripada eSports.

2. Wong Hock Chuan

Wong telah menjadi professional gamer sejak tahun 2009 selepas dia berhenti bermain bola keranjang kerana kecederaan. Selepas itu, dia telah bermain di kelab China dan telah menjuarai pertandingan Dota 2 dunia pada tahun 2012. Dia kini mempunyai simpanan berjumlah RM2.9 juta walaupun telah berhenti bermain pada tahun 2016.

3. Zheng Yeik Nai

Zheng telah menjadi professional gamer pada tahun 2015 dan telah dinobat sebagai salah seorang pemain Dota 2 terhandal di dunia. Xheng merupakan pemain Dota 2 dari Malaysia yang pertama berhijrah ke Eropah setelah menyertai Team Secret pada tahun 2016. Dia mempunyai simpanan sebanyak RM2.7 juta hasil daripada memenangi pertandingan di Eropah.

4. Tue Soon Chuan

Merupakan anak kelahiran Selangor dari Tanjung Sepat, Tue menjadi jutawan pada umur 23 tahun setelah memenangi pertandingan eSports. Dia telah membawa pulang RM2.1 juta setelah memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa.

5. Chong Xin Khoo

Chong memulakan kerjaya sebagai professional gamer pada tahun 2012 iaitu pada usia 19 tahun. Dia telah membawa pulang RM2.3 juta setelah memenangi pertandingan Dota 2 selepas mendapat tempat ke-4.

Siapa kata kita tidak boleh berjaya dengan hanya bermain permainan video? Jangan biar kata-kata orang menghilangkan impian dan keinginan kita.

Penulis

  • Muhammad Mikhail Azmi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca