Bawa Karakter Unik Setiap Kali Buang Sampah, Telatah Bapa Dan Anak Ini Cuit Hati Warganet

Penutupan sekolah berikutan penularan wabak COVID-19 pasti menyebabkan golongan kanak-kanak berasa bosan. Oleh kerana tidak mahu anaknya berasa bosan semasa lockdown, seorang bapa telah memakai kostum pelbagai karakter terkenal bersama-sama anaknya hanya untuk keluar membuang sampah.

Untuk tidak terlepas kenangan bersama anaknya, si bapa yang lebih dikenali sebagai James telah berkongsikan rakaman pengembaraan mereka di Instagram sehingga berjaya meraih ribuan tanda suka. Perkara ini telah menjadi rutin harian mereka sepanjang tempoh perintah berkurung.

Difahamkan, pada mulanya hanya si ayah sahaja yang akan mengenakan kostum seperti robot dan mumia ketika membuang sampah. Tetapi tidak lama kemudian, anak perempuannya juga menemaninya dan ketika itulah keduanya menjadi viral.

Selain memakai kostum karakter filem Frozen, mereka juga dikatakan pernah melihat membawa pelbagai watak lain seperti Spiderman, Dragon Ball, Batman, maskot robot dan pelbagai lagi.

Turut dijelaskan, karakter sedemikian yang dipilih merupakan simbolik adiwira yang sering melawan musuh jahat. Kini mereka mahu melawan dunia ketika ini iaitu virus COVID-19 yang telah meragut banyak nyawa manusia di seluruh dunia.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama seperti cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca