Bau Hancing Bongkar Kisah Keluarga Ini Yang Simpan 1,300 Liter Air Kencing Selama 1 Tahun

Tiga beranak di Kazakhstan telah dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental setelah pihak berkuasa tempatan menemukan ratusan botol plastik berisi air kencing di dalam pangsapuri tempat tinggal mereka.

Menurut laporan media tempatan, kisah menjijikkan keluarga berkenaan yang terdiri daripada pasangan suami isteri dan anak lelaki mereka yang sudah dewasa bernama Zhenya terbongkar selepas jiran tetangga membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan bau hancing yang datang dari unit pangsapuri itu.

Hasil siasatan mendapati, keluarga berkenaan yang tinggal di bandar Aktau, barat daya Kazakstan telah membuang air kecil di dalam botol selama satu tahun susulan bekalan air di rumah berkenaan dipotong selepas gagal membayar bil yang tertunggak.

Difahamkan, keluarga berkenaan pada mulanya enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa sehingga memaksa polis untuk memecahkan pintu rumah dengan menggunakan tuil besi.

Alangkah terkejutnya pihak polis apabila mendapati kediaman berkenaan bukan sahaja dipenuhi ratusan botol plastik berisi air kencing, malah turut menyimpan pakaian kotor yang sudah menggunung dan mereput.

Penduduk rumah menjijikkan itu kemudiannya mengaku bahawa mereka memilih untuk membuang air kecil di dalam botol semenjak setahun yang lalu selepas bekalan air dipotong kerana kegagalan melunaskan bayaran.

Sepanjang satu tahun itu, keluarga berkenaan telah mengumpul sebanyak kira-kira 1,300 liter air kencing.

“Keluarga itu telah menukarkan rumah mereka sebagai tempat buangan sampah dan rela tinggal bersama ratusan lipas,” ujar seorang jiran yang enggan dikenali.

Hasil temu bual dengan seorang lagi tetangga bernama Svetlana Nenastyeva mendedahkan pasangan suami isteri yang pengotor itu mempunyai pengaruh yang buruk terhadap anak lelaki mereka.

“Mereka (ibu bapa) telah merosakkan hidup Zhenya. Kira-kira dua tahun lalu, Zhenya sudah berhenti bekerja dan menjalani hidup sederhana sebelum akhirnya berhenti menjaga kebersihan dirinya.

“Keluarga itu adalah satu masalah yang besar buat kami yang tinggal di sini. Kami sudah tidak tahan untuk tinggal sambil bergelumang dengan bau busuk yang datang dari rumah mereka,” katanya.

Kini, keluarga berkenaan sudah dibawa untuk menjalani ujian psikiatri manakala jiran tetangga yang tinggal di situ pula sedang menjalankan gotong-royong untuk membersihkan unit pangsapuri yang kotor itu.

Untuk membaca artikel lain berkaitan kisah pelik, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca