Bau Busuk Bawa Kepada Penemuan Rangka Manusia Di Dalam Tong Sampah

Penemuan rangka manusia yang masih belum dikenalpasti identitinya di dalam tong sampah di tepi Jalan Paya Terubong dekat George Town, Pulau Pinang telah menggemparkan seluruh penduduk kawasan itu. Rangka itu dilaporkan ditemui oleh seorang lelaki yang terhidu bau busuk apabila melalui kawasan tersebut pada Rabu.

Lelaki berkenaan kemudiannya menghubungi pihak polis dan memaklumkan penemuan itu sekitar jam 7.20 petang.

Hasil pemeriksaan oleh pasukan polis mendapati bahawa rangka yang dibuang ke dalam tong sampah milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu adalah rangka manusia.

Rangka yang ditemui itu kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk prosedur bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut iaitu ACP Suffian Santong mengesahkan penemuan itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Memetik laporan Bernama, pihak polis menggunakan tali untuk membawa naik tong sampah itu ke tepi jalan di lereng bukit berkenaan sebelum terus membawanya ke Jabatan Forensik hospital tersebut untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut Suffian, siasatan lanjut kini sedang dijalankan termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan itu bagi membantu siasatan dan mengesan pihak yang meninggalkan tong sampah berisi rangka manusia dipercayai telah mati lebih lima hari itu.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan beberapa kes yang hampir sama di mana bau busuk telah membawa kepada penemuan mayat manusia. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk membaca artikel-artikel tersebut:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca