Bau Busuk Bawa Kepada Penemuan Mayat Seorang Pensyarah UiTM

Penemuan mayat seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3 di dalam rumah sewanya yang terletak di kawasan perumahan Suriaman 3 dekat Bandar Sri Sendayan, Seremban semalam telah menggemparkan seluruh penduduk kawasan itu.

Mayat Badrul Azmier Mohamed @ Bakar yang juga merupakan pensyarah sains politik itu dilaporkan ditemui sekitar jam 6.30 petang selepas salah seorang jirannya menghidu bau busuk dari rumah lelaki tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban iaitu ACP Mohd Said Ibrahim, berdasarkan keadaan mayat yang sudah mereput, pensyarah berkenaan dipercayai telah meninggal dunia sejak dua hari lepas.

“Jirannya yang menghidu bau busuk bertindak menghubungi polis. Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati rumah itu berkunci dari dalam dan meminta pengawal keselamatan kawasan perumahan tersebut menghubungi waris pensyarah itu untuk membuka pintu rumah berkenaan,” katanya.

Tambah Mohd Said lagi, mayat yang ditemui terbaring di atas katil di dalam sebuah bilik itu berada dalam keadaan hanya memakai seluar.

“Mayat pensyarah itu dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) bagi proses bedah siasat dan berdasarkan siasatan polis serta hasil bedah siasat, tiada unsur jenayah berhubung kematian pensyarah tersebut.”

“Siasatan juga mendapati pensyarah itu yang masih belum berkahwin tinggal berseorangan di rumah sewa berkenaan. Mayatnya dituntut ahli keluarganya hari ini untuk dikebumikan di Melaka dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca