‘Battleship Island’, Pulau Hashima Yang Terbiar Di Tengah Pulau Selama Puluhan Tahun

Pulau Hashima atau dikenali sebagai Gunkanjima telah dibina setinggi 12 meter dari paras laut dan berkeluasan 60,000 meter persegi di laut Nagasaki, Jepun. Penduduk Jepun menggelar pulau itu sebagai ‘Battleship Island’ kerana bentuknya seperti sebuah kapal perang.

Pulau ini merupakan sebuah penempatan bagi ribuan pekerja lombong arang batu di Jepun pada tahun 1950 dan telah ditutup pada tahun 1974. Pulau tersebut turut dilengkapi dengan hospital, panggung wayang, restoran dan bar untuk penduduk pulau ini.

Permintaan terhadap arang batu semakin kurang kerana penemuan petroleum telah menggantikan penggunaan arang batu selepas perang dunia kedua. Akhirnya penduduk pulau tersebut mula berpindah untuk mencari sumber pendapatan yang lain serta mencari peluang pekerjaan baru di bandar-bandar besar.

Malah, ia telah menyebabkan pulau tersebut dibiarkan tanpa berpenghuni dan dikatakan telah menjadi sebuah pulau yang berhantu.

Bangunan usang dan barang-barang yang ditinggalkan para pelombong arang batu telah menjadikan tempat ini seperti sebuah pulau yang paling terpencil di bumi.

Selain itu, pulau Hashima ini pernah menjadi berita utama pada tahun 2008 oleh sebuah organisasi yang mengusulkan agar pulau ini dijadikan sebagai tapak Warisan Dunia.

Meskipun pulau Hashima telah ditutup sehingga pada tahun 2009, namun ia telah dibuka semula buat para pelancong yang ingin mengunjunginya. Walaupun begitu, tiada aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana selain mengamati runtuhan suasana yang menakutkan dan mempunyai daya tarikannya tersendiri.

Pulau Hashima kini sudah tidak terurus dan kelihatan seperti sebuah bandar berhantu yang amat menyeramkan dengan bangunan yang mula buruk dan runtuh manakala tumbuhan liar mula memenuhi kawasan sekitarnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca