Bintang terkenal, Justin Bieber mengumumkan pembatalan siri jelajah dunia, Justice World Tour yang masih berbaki beberapa negara termasuk di Malaysia kerana ingin memberi perhatian kepada masalah kesihatannya.
Bieber sebelum ini telah mengejutkan peminatnya apabila berkongsi masalah kesihatannya iaitu didiagnosis dengan sindrom Ramsay Hunt.
Pembatalan siri jelajah itu diumumkan melalui hantaran Instagram akaun miliknya kira-kira beberapa jam lalu.
Berdasarkan hantarnnya, Bieber yang baru mementaskan konsert di Brazil menerangkan keputusan menamatkan siri jelajah itu dibuat selepas mendapati kesan terhadap kesihatannya.
“Hujung minggu lalu saya beraksi di Festival Rock in Rio dan memberi segala-galanya kepada peminat di Brazil,” katanya melalui hantaran itu.
Selepas dua bulan berehat, Justin Bieber kembali beraksi atas pentas buat kali pertama di Festival Musim Panas di Itali.
Tetapi dia menjelaskan bahawa mengalami keletihan yang teruk selepas mementaskan konsert tersebut.
Oleh sebab itu, dia mendorong dirinya memberi keutamaan kepada kesihatan.
“Sehubungan itu, saya akan berhenti daripada beraksi di konsert buat sementara waktu. Saya akan okay tetapi perlukan masa untuk berehat dan pulihkan kesihatan,” katanya.
Mengikut perancangan asal, Justice World Tour sepatutnya akan bersambung di Afrika Selatan, Asia Barat, Asia, Australia dan New Zealand sebelum kembali ke Eropah, antara Januari hingga Mac tahun hadapan.
Peminat di Malaysia berpeluang menyaksikan konsert yang akan dipentaskan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada bulan hadapan namun berita ini mengatakan sebaliknya.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: