Penyanyi terkenal antarabangsa iaitu Celine Dion berkongsi berita buruk dengan para peminat menerusi laman Instagram.
Menerusi hantaran di laman Instagram, penyanyi My Heart Will Go On itu mengesahlan bahawa dia menghidap penyakit Stiff Person Syndrome (SPS).
“Saya sudah lama berhadapan dengan masalah kesihatan.
Ia situasi yang cukup sukar untuk saya hadapi dan bercakap mengenainya.
Baru-baru ini saya telah didiagnosis dengan gangguan sistem saraf yang sangat jarang berlaku iaitu Stiff Person Syndrome,” ujarnya.

Celine turut menjelaskan bahawa penyakit itu telah menjejaskan setiap aspek dalam kehidupan sehariannya.
“Malangnya kekejangan yang dialami ini menjejaskan semua aspek kehidupan seharian saya dan ia kadangkala menyebabkan saya sukar berjalan.
Ia juga tidak membenarkan saya menggunakan pita suara untuk menyanyi seperti biasa,” tambahnya.
Celine turut menjelaskan bahawa dia masih belum bersedia untuk memulakan semula konsert jelajah Eropah pada Februari tahun hadapan.
“Ia sangat menyakitkan apabila saya terpaksa memaklumkan yang saya belum bersedia untuk memulakan semula persembahan jelajah di Eropah pada Februari depan,” katanya.

Sekiranya anda menonton video tersebut, Celine meyakinkan para peminatnya bahawa dia mempunyai pasukan perubatan yang hebat untuk membantu keadaannya menjadi lebih baik.
Celine turut berkata anak-anaknya sentiasa memberi sokongan dan harapan kepada penyanyi itu untuk menjadi lebih baik.
Menerusi ruangan kapsyen pula, Celine menjelaskan bahawa persembahan yang sepatutnya berlangsung pada musim bunga tahun hadapan akan dijadualkan semula ke 2024.
Penyanyi itu turut membatalkan lapan persembahan jelajahnya untuk musim panas tahun hadapan.
Anda boleh tonton video penuh di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: