Baru Tersedar Dari Koma Selama 11 Bulan, Remaja Ini Dijangkiti COVID-19 Dua Kali

Seorang remaja lelaki bernama Joseph Flavill tidak mengetahui langsung tentang wabak COVID-19 walaupun beliau telah dijangkiti penyakit tersebut sebanyak dua kali.

Lelaki yang mengalami koma selama 11 bulan itu telah dilanggar sebuah kereta semasa melintas di Burton upon Trent, sebuah bandar di England pada 1 Mac tahun lepas iaitu tiga minggu sebelum lockdown dilaksanakan di negara tersebut.

Beliau telah mengalami koma berbulan lamanya selepas disahkan menghadapi kecederaan traumatik pada otak.

Flavill yang baru berumur 19 tahun itu telah dijangkiti COVID-19 dua kali semasa pemulihannya dari kemalangan tersebut tapi sudah pulih dari kedua-duanya.

Menurut laporan media, ibu saudaranya, Sally Flavill Smith menyatakan bahawa Flavill pasti tidak tahu apa-apa tentang wabak ini.

Sumber: Global News

Walau bagaimanapun, kesedarannya kini mula bertambah baik dan keluarganya cuba menjelaskan situasi semasa melalui telefon oleh sebab sekatan wabak COVID-19.

Sumber: Global News

“Kami berhubung melalui telefon dan cuba membuatkannya memahami situasi kami yang hendak berada di sisinya, tetapi tidak boleh berbuat demikian disebabkan COVID-19.

Tapi kami menceritakan perkara tersebut dengan ringkas dan tidak menceritakan tentang wabak ini secara mendalam. Bila kami benar-benar dapat berjumpa dengannya barulah ia masa yang sesuai untuk kami jelaskan padanya,” kata Flavill Smith.

Menurutnya lagi, remaja tersebut dapat mengikuti arahan seperti menyentuh kedua-dua belah telinganya, menggerakkan kedua kakinya dan menjawap ya dan tidak melalui kerdipan mata.

Senyuman pertama dari wajah Flavill turut membuatkan keluarganya menitiskan air mata.

Ibu kepada Flavill, Sharon dapat menziarahi anaknya pada hari lahir Flavill Disember lalu tapi masih mengekalkan penjarakan sosial dan memakai baju PPE lengkap sepanjang masa.

“Pada ketika itu, Joseph belum sedar lagi seperti sekarang. Saya rasa dia berasa sangat sedih kerana dia tidak yakin bahawa Joseph dapat melihat siapa yang datang menziarahinya.

Dia sudah menunggu berbulan lamanya untuk pergi dan menjumpai anaknya itu.” tambah Flavill Smith lagi.

Sebelum kemalangan tersebut, Flavill yang berasal dari Tutbury, Staffordshire itu merupakan seorang yang aktif dalam bersukan dan akan menerima anugerah emas Duke of Edinburgh pada bulan Mei tahun ini.

Sumber: Global News

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca