Baru Selesai Dapatkan Suntikan Besarkan Otot Punggung, Lelaki Ditemui Maut Di Hotel

Seorang lelaki yang baru selesai mendapatkan perkhidmatan membesarkan otot punggung ditemui meninggal dunia di sebuah bilik hotel di Teluk Intan.

Mangsa yang berusia 31 tahun ditemui oleh rakannya dalam keadaan terbaring di atas katil dan sudah tidak bernafas kira-kira pada jam 3 petang.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil di dalam bilik hotel oleh rakannya. *Gambar hiasan

Sebelum ditemui, mangsa dilaporkan mengambil suntikan untuk tujuan membesarkan punggung daripada seorang wanita yang juga peniaga kosmetik pada pukul 10 pagi pada hari yang sama.

Menurut Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, mangsa telah membuat temu janji dengan wanita dari Melaka itu untuk mendapatkan khidmat suntikan berharga RM500 untuk satu suntik.

“Pada jam 12 tengah hari selepas selesai suntikan, mangsa meminta izin untuk berehat dalam bilik kerana penat. Ketika itu mangsa ditemani rakannya manakala wanita terbabit keluar hotel untuk pulang ke Melaka.

“Bagaimanapun pada jam 3 petang, wanita itu kembali semula ke hotel selepas dimaklumkan mangsa tidak bernafas dan tidak bergerak,” maklumnya kepada pemberita.

Tambah beliau, selepas pegawai kesihatan yang hadir ke lokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa, mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk proses autopsi.

Menurut doktor, setakat ini, tiada sebarang perkaitan yang dapat dikesan diantara punca kematian dengan kesan suntikan yang diambil mangsa.

“Hasil laporan bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan paru-paru bengkak dan berair.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah,” kata beliau.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca