Baru Dua Bulan Berkahwin, Suami Sanggup Bakar Isteri Hidup-Hidup Selepas Teruk Bertengkar

Seorang lelaki bertindak sadis dan kejam apabila tekad membakar isterinya hidup-hidup selepas bertengkar di sebuah rumah tumpangan di Surabaya, Indonesia semalam.

Heri Suhandoyo, 46, yang merupakan penyelia rumah tumpangan tersebut berkata bahawa kedua-dua pasangan itu telah menyewa salah sebuah bilik di rumah tumpangan miliknya.

Menurut Heri, suspek iaitu Purwanto, 45, dan isterinya Putri, 25, sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa hari lalu tetapi mangsa kembali ke rumah tumpangan bersama ibunya dari rumah keluarganya.

Heri tidak tahu dengan jelas bagaimana suspek berjaya membakar mangsa namun dia sedia maklum yang pasangan itu sememangnya sedang mengalami krisis rumah tangga.

“Mereka baru berkahwin kira-kira dua bulan lalu. Namun pertengkaran mereka kedengaran teruk pada pagi ini.”

“Selepas lima minit mereka bergaduh, saya terdengar Putri berteriak akibat panas dan tubuhnya terbakar,” kata Heri.

Mangsa yang cedera parah segera dibawa ke hospital berdekatan manakala suspek berjaya meloloskan diri dengan sebuah motosikal.

Sementara itu, Ketua Polis Surabaya, Widiyantoro berkata, pihaknya masih menyiasat motif Purwanto membakar isterinya.

“Kami telah melihat tempat kejadian jenayah, namun motif masih dalam siasatan.”

“Kami juga sedang memburu pelaku,”jelasnya.

Sementara itu, Putri selaku mangsa mengalami luka terbakar di lengan, kaki dan muka tetapi keadaannya telah stabil.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca