Baru Berusia 4 Tahun, Lara Alana Sudah Bayar Cukai

Walaupun baru berusia 4 tahun Lara Alana, anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya sudah dikenakan cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sejak beliau berusia setahun lagi.

Menurut Awal, mereka dimaklumkan oleh LHDN bahawa Lara dikenakan cukai kerana sudah mempunyai pendapatan sendiri hasil daripada iklan-iklan dan rancangan TV beliau sendiri yang bertajuk “Lara Oh Lara”.

“Ramai pengikut di media sosial mempersoalkan kenapa Lara dikenakan cukai walaupun Lara hanya berusia 4 tahun. Bagi saya, ia bukan beban kerana pendapatan tersebut hasil daripada pekerjaan Lara sendiri. Sama seperti saya dan isteri saya. Ini adalah tanggungjawab kita untuk membayar cukai.” katanya kepada Harian Metro.

Pada mulanya, Awal mengaku beliau tidak pernah membayar cukai pendapatan tetapi selepas timbulnya kesedaran diri dan nasihat daripada artis berpengalaman, beliau mula membayar cukai pendapatan.

Bagi Scha, golongan selebriti perlu ada persefahaman dengan pihak LHDN. Sekiranya ada masalah, boleh berbincang dan tunjukkan bukti pembelian kepada mereka. Sudah pasti mereka akan memahami situasi tersebut. Tiada masalah sekiranya dokumen lengkap dan bayar mengikut masa yang ditetapkan.

Awal bersama keluarganya ditemui dalam program Sinar Lebaran Jakel yang meraikan 50 orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan berkata, semua artis Malaysia perlu mempunyai kesedaran untuk membayar cukai pendapatan kerana ia merupakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca