Baru Berusia 21 Tahun, Wanita Ini Dipercayai Merupakan Nenek Paling Muda Di Britain

Seorang wanita dipercayai merupakan nenek paling muda di Britain selepas dia bernikah dengan seorang lelaki berpangkat datuk yang kini berusia 56 tahun.

Becca Keeley, 21, berkata, kali pertama dia bertemu suaminya, Mark, ketika lelaki itu sedang membuat persembahan bersama kugirannya. Pada waktu itu, Becca baru sahaja berusia 16 tahun manakala, Mark sudah berumur 51 tahun.

Pasangan yang berasal dari Gravesend, Kent itu berkahwin pada bulan Ogos 2018 selepas Becca menerima lamaran Kent saat mereka pergi bercuti ke Terenife, Sepanyol.

Hasil perkahwinan berkenaan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Presley yang kini berusia empat bulan.

Menurut laporan, Becca sah bergelar nenek apabila salah seorang daripada anak tirinya melahirkan seorang bayi perempuan, Mollie, tujuh bulan lalu.

Menerusi perkahwinannya yang terdahulu, Mark mempunyai empat orang anak: Aaron, 21, Jake, 21, Luke, 16, dan Emma, 13.

“Mark yakin saya tidak mahu digelar nenek tetapi keluarganya adalah keluarga saya juga,” jelas Becca.

Sementara itu, Mark menjelaskan ramai orang merasakan perkahwinannya dengan Becca itu adalah sesuatu perkara yang salah.

“Saya sudah beritahu Becca untuk mencari pasangan yang seusia dengannya tetapi kami sudah ditakdirkan untuk berkenalan sebelum akhirnya bersama. Kami gembira dan kini cuba sedaya-upaya untuk menjaga hubungan dengan sebaik mungkin,” terang Mark.

Becca Keeley dan Mark berkahwin di sebuah pejabat pendaftaran di Maidstone. Majlis mereka dihadiri seramai 300 tetamu yang menyokong pasangan berkenaan.

Sebelum ini, rekod nenek termuda di dunia pada usia 23 tahun adalah milik Rifca Stanescu yang berasal dari perkampungan Invest di Romania.

Di Britain pula, rekod bagi nenek termuda sebelum ini adalah milik Carrie Hilton, 36, yang mendapat gelaran berkenaan selepas anaknya yang berusia 17 tahun melahirkan seorang bayi perempuan pada tahun 2018.

Untuk membaca artikel lain berkaitan rekod dunia, sula klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca