Baru Beberapa Jam Dibuka, Taman Gelongsor Gergasi Ini Terpaksa Ditutup

Sebuah gelongsor gergasi di Taman Belle Isle terpaksa ditutup pada hari pembukaan kerana kesilapan dalam reka bentuk gelongsor itu.

Rekaan gelongsor tersebut terlalu banyak benjolan dan sangat laju hingga membuatkan orang ramai tercampak jauh.

Sumber: Detroit News

Oleh disebabkan kebimbangan keselamatan tentang kelajuan ketika menuruni gelongsor menyebabkan Taman Belle Isle ditutup selepas 4 jam pembukaan.

Menerusi hantaran di Twitter mendapati beberapa orang sedang menurun akan terkena bahagian benjolan gelongsor membuatkan mereka tercampak lalu terhempas jatuh ke tanah.

Seorang saksi menyatakan sekiranya permainan gelongsor gergasi itu diteruskan akan berlakunya lebih ramai orang yang tercedera.

Rekaan gelongsor yang dibina tidak seperti gelongsor biasa. Sebaliknya gelongsor gergasi itu berbentuk ombak dengan bonggol mencuram membuatkan orang yang bermain akan terhempas kuat di setiap bonggol.

Bukan sahaja kesalahan reka bentuk gelongsor yang harus diambil kira tetapi bahan yang digunakan untuk membina gelongsor itu juga mempunyai kesilapan.

Sumber: Detroit Metro News

Keseluruhan pembinaan gelongsor gergasi tersebut diperbuat daripada logam.

Selepas melakukan beberapa perubahan iaitu menyental permukaan gelongsor dengan lilin dan disembur dengan air taman gelongsor gergasi itu dibuka semula.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca