Baru 37 Hari Jadi Bapa, Adik Lelaki Yana Samsudin Meninggal Dunia

Adik lelaki kepada pelakon tanah air, Yana Samsudin iaitu Muhammad Fahmi Harith Samsudin dilaporkan telah meninggal dunia pada petang semalam.

Berita dukacita itu disahkan sendiri oleh Yana menerusi satu posting yang di muat naik ke laman sosial Instagram miliknya.

Lebih memilukan apabila Yana memberitahu bahawa Allahyarham adiknya itu baru sahaja merasa nikmat menjadi seorang bapa 37 hari yang lalu.

View this post on Instagram

Innalillahwainalillahirojiun… lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. . . Rupanyaa hari ni… 😢 Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari….. . . Dik… ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik… kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah , mak abah dan semua ya.. . . Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat… Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam.. . . Tak da apa lagi akak boleh cakap , akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko , tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya… . . Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak .. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik… . . Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik… . Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak… amin.. . . Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang meninggal masa tidur .. . . Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari … yang benar -YS @mizznana88

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Menerusi hasil nukilan Yana itu lagi, Allahyarham adiknya pergi meninggalkan dunia seorang diri di kediamannya tanpa sempat meninggalkan apa-apa pesanan.

Pada posting itu juga Yana memohon agar sesiapa yang mengenali arwah supaya mengampunkan dosa dan menghalalkan makan dan minum Allahyarham.

Pihak Lejen Press Digital mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Yana Samsudin dan keluarga Allahyarham Muhammad Fahmi Harith Samsudin. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-fatihah.

Untuk membaca artikel lain berkaitan selebriti tempatan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca