Baru 20 Minit Keluar Dari Kedai, Lamborghini Ini Remuk Selepas Terbabit Dalam Kemalangan

Malang sememangnya tidak berbau. Itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan situasi ini di mana sebuah kereta mewah yang menjadi idaman ramai iaitu Lamborghini remuk dalam sekelip mata di lebuh raya selepas hanya 20 minit kenderaan itu keluar dari pengedar. Kejadian ini dilaporkan berlaku pada Rabu.

Menurut laporan media tempatan, model Hurucan Performante yang bernilai £215,000 (kira-kira RM1.14 juta) itu terlibat dalam kemalangan selepas dirempuh oleh sebuah van sewaktu sedang berhenti di lorong tiga M1 berhampiran Leeds, Yorkshire di United Kingdom.

Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 1 tengah hari waktu tempatan di lebuh raya menghala selatan, antara Junction 40 di Flushdyke dan Junction 39 di Durkar.

Menurut jurucakap polis, pemandu van hanya mengalami cedera ringan di kepala akibat rempuhan itu.

Dalam pada itu, seorang polis trafik West Yorkshire yang dikenali sebagai Richard Whitely telah memuat naik foto kereta Lamborghini itu di laman Twitter miliknya.

“Itu hanya sebuah kereta! Tetapi Lamborghini yang baru berusia 20 minit yang berhenti kerana masalah mekanikal di lorong tiga, dirempuh dari belakang (oleh sebuah kenderaan),” coret Richard diikuti dengan tanda pagar #couldhavecried.

Kemalangan itu sekali gus telah mengakibatkan kesesakan di lebuh raya berkenaan. Ia kemudiannya dibuka semula untuk trafik pada pukul 2.15 petang waktu tempatan.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah di mana seorang budak berusia 5 tahun curi pandu kereta ibunya untuk pergi membeli kereta Lamborghini dengan hanya berbekalkan RM13. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca