Baru 2 Hari, Teaser Disney Little Mermaid Dapat 1.5 Juta ‘Dislike’

Pada 10 September yang lalu, Disney telah mengeluarkan teaser filem The Little Mermaid yang diadaptasikan daripada kisah dongeng menggunakan judul yang sama.

Sumber: YouTube

Namun begitu baru sahaja 2 hari dikeluarkan, filem tersebut mendapat pelbagai reaksi antaranya adalah mengenai kesan visual filem.

Hal ini menyebabkan filem tersebut mempunyai lebih daripada 1.5 juta ‘dislike’ di YouTube.

Sumber: UNILAD

Walaupun YouTube telah menyembunyikan jumlah dislike kepada orang ramai tetapi terdapat aplikasi yang boleh menyemak bilangan orang tidak suka video yang berada di YouTube.

Video yang berdurasi 1 minit 23 saat memperlihatkan dunia bawah laut dan puteri duyung bernama Ariel sedang menyanyi di bahagian akhir filem itu.

Menerusi hantaran di Twitter, salah seorang dari warganet yang telah menonton teaser itu menyatakan visual filem tidak kelihatan seperti berada dalam air.

Sebelum ini Disney mendapat pujian ramai kerana mengambil Halle Bailey sebagai Ariel yang merupakan watak utama dalam filem tersebut.

Sumber: Variety

Filem The Little Mermaid adalah sebuah filem fantasi muzikal diarahkan oleh Rob Marshall yang bakal ditayangkan pada tahun 2023.

Anda boleh tonton teaser The Little Mermaid di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca