Barisan Pelakon Avengers Kongsi Ucapan Terakhir Buat Bintang ‘Black Panther’

Wakanda Forever bukanlah satu ayat yang asing buat para peminat filem Black Panther. Hal ini demikian kerana slogan yang dipimpin oleh watak T’Challa yang dilakonkan oleh Chadwick Boseman berjaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada para penonton filem Marvel Cinematic Universe tersebut.

Orang ramai baru-baru ini dikejutkan dengan pemergian mendiang Chadwick pada usia 43 tahun. Namun, apa yang lebih mengejutkan orang ramai ialah beliau menghembuskan nafas terakhir kerana kanser usus peringkat keempat yang terpaksa ditanggungnya sebelum ini.

Apa yang lebih menyayat hati adalah beliau dilaporkan telah melakonkan babak pertembungan bersama Thanos dalam filem Avengers: Endgame ketika mempunyai sel kanser di dalam badannya.

Penyakit kanser usus yang ditanggung bintang Black Panther sejak tahun 2016 ini difahamkan cuma diketahui oleh ahli keluarga terdekat beliau.

Dalam pada itu, pemergian Chadwick merupakan satu berita yang mengejutkan orang ramai terutamanya kenalan rapat mendiang yang terdiri daripada barisan pelakon Avengers: Endgame.

Berikut adalah antara ucapan takziah yang telah dirakamkan daripada pelakon-pelakon utama Avengers seperti Chris Evans (Captain America), Chris Hemsworth (Thor), Mark Ruffalo (Hulk), Robert Downey Jr (Iron Man) dan Josh Brolin (Thanos) kepada keluarga mendiang:

Team Lejen Digital mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang. Semoga seluruh keluarga dan juga peminat Chadwick Boseman diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca