Barisan Nasional Menang Besar, Sulaiman Md Ali Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Ke-13

Episod ketidakstabilan politik di Melaka nampaknya sudah berakhir dengan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Melaka yang berlangsung pada Sabtu.

Daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan, BN berjaya menang 21 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) menang hanya lima kerusi. Satu lagi gabungan iaitu Perikatan Nasional menang dua kerusi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Mad Ali telah selamat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-13 semalam. Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka iaitu Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam di Seri Negeri.

Sumber: Facebook Sulaiman Md Ali

Dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Sulaiman mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan dan mandat yang diberikan oleh pengundi kepada Barisan Nasional.

Beliau juga berkata akan berusaha bersama semua ADUN Barisan Nasional yang telah dipilih untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua rakyat Melaka.

Tambahnya lagi, pencapaian terbaik Barisan Nasional dengan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 28 kerusi DUN adalah cerminan rakyat untuk memiliki sebuah kerajaan yang stabil demi kemakmuran ekonomi Negeri Melaka.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca