Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, pada mulanya rakyat mula berpusu-pusu pergi ke pasar raya untuk membeli barang keperluan dengan secara berlebihan kerana panik.
Pembelian panik itu membuatkan pihak kementerian terpaksa menasihati dan merayu orang ramai untuk membeli secara berhemah dan tidak perlu panik kerana barangan itu semua mencukupi.
Hari ini, di dalam satu ciapan yang dikongsi oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau memuji rakyat Malaysia yang dilihat semakin peka mengenai keperluan penjarakan sosial dan tidak melakukan pembelian panik lagi.
Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya. Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik. pic.twitter.com/efqp1jEv8e
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) March 29, 2020
Ciapan beliau itu turut dikongsikan bersama dengan gambar beliau sedang memilih barang keperluan. Rata-rata warganet terhibur melihat telatah beliau.
Alahaii comelnya PM aku 🥰
— aimie. (@4imiearleena) March 29, 2020
Tok Ayah nak makan coklat ke tu? Sikit boleh la jangan banyak sangat. Stay safe, eat healthy tok ayah 😊
— X🦋 (@znr8_) March 29, 2020
Comel nak beli chocolate😭🍫 pic.twitter.com/koq5zRsIPA
— 👏🏻🚿🦋 (@HanZana92) March 29, 2020
Rakyat dinasihati untuk bijak berbelanja pada waktu genting seperti ini dan elakkan diri daripada membazir dengan membeli barang melebihi daripada keperluan.
Jangan lakukan pembelian panik tanpa memikirkan nasib orang lain. Di samping itu, sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri sewaktu berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini dijalankan.
Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: