Orang ramai tidak melepaskan peluang mengambil rumput dari padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dianggap sebagai barang kenangan.
Tindakan itu susulan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi kebenaran kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membawa pulang rumput jenis cow grass itu secara percuma pada semalam, 31 Mac 2023.

Petak rumput berukuran 1×1 kaki ditawarkan kepada rakyat sempena kerja-kerja penggantian rumput kepada jenis zeon zoysia yang dijangka bermula hari ini (1 April) dan sempena ulang tahun ke-25 Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC).

Rumput di venue keramat pasukan bola sepak kebangsaan itu ialah venue skuad Harimau Malaya meraih kejayaan layak ke Piala Asia 2023 secara merit mengakhiri penantian lebih empat dekad pada Jun tahun lepas, selain pelbagai acara sukan dan hiburan lain.
Para peminat bola sepak dan orang ramai tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu, apatah lagi apabila ia merupakan rumput yang sama skuad Harimau Malaya beraksi sejak 2015.

Segelintir orang awam mengambil rumput di SNBJ ialah untuk menanamkan di halaman rumah sebagai kenangan. Selain itu, rumput itu juga digunakan untuk menggantikan kawasan padang tertentu.

Sebagai rekod, Stadium Nasional sebelum ini pernah menggunakan rumput jenis Bermuda Greenless Park bermula 1998-2005, Marimo Seashore Paspalum bersama Zoysia Material (2005-2013), dan Bermuda Mountain Green bersama Princess (2013-2015).
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: