Barang Kemas RM2,000 ‘Lesap’, Suri Rumah Mangsa Sindiket Penipuan

Barang Kemas RM2,000 'Lesap', Suri Rumah Mangsa Sindiket Penipuan
Barang Kemas RM2,000 'Lesap', Suri Rumah Mangsa Sindiket Penipuan
Barang kemas RM2,000 ‘lesap’, suri rumah mangsa sindiket penipuan
Sumber: Padawanemas

Menggayakan set barang kemas baharu pada hari raya merupakan impian bagi setiap seorang suri rumah. Namun, kejadian berlaku di sebaliknya apabila seorang wanita terpaksa menanggung kerugian hampir mencecah RM2,000 akibat ditipu oleh pemilik akaun Facebook yang tidak dikenali.

Superintendan M Zambri Mahmud selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu berkata, kejadian bermula dengan pengiklanan jualan murah di akaun Facebook yang tidak dikenali pada Selasa lepas membuatkan wanita berusia 32 tahun itu tertarik.

Menurut laporan beliau, Facebook berkenaan telah mengiklankan harga bagi satu set barang kemas termasuk cincin, gelang dan rantai emas hanya RM1,700 sahaja.

“Mangsa sememangnya sedang mencari set barang kemas untuk hari raya berasa tertarik dengan harga istimewa itu, terus menghubungi nombor talian yang disertakan untuk pertanyaan lebih lanjut. Menerusi aplikasi WhatsApp mangsa berhubung dengan individu berkenaan.”

“Individu berkenaan memberikan nombor akaun sebuah bank bagi urusan pembayaran selepas sahaja menyatakan persetujuan dengan wanita itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Tanpa berfikir panjang, mangsa melakukan dua kali transaksi ke dalam akaun bank diberikan iaitu transaksi pertama berjumlah RM1,000 dan selebihnya RM700 bagi menyelesaikan kesemua bayaran pada hari yang sama, menurut laporan M Zambri.

Mangsa mula merasa curiga apabila individu berkenaan memberi pelbagai alasan kerana meminta bayaran tambahan, meskipun sudah menjelaskan semua pembayaran yang dikenakan.

Selepas individu berkenaan gagal dihubungi, mangsa akhirnya sedar dengan kegiatan penipuan. Dia membuat laporan polis pada Jumaat untuk siasatan lanjut,” tambahnya yang turut menjelaskan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

M Zambri berpesan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dalam urusan jual beli dalam talian supaya tidak terperangkap dengan taktik sindiket penipuan yang menjual harga emas jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca