Bapa Tidur Kepenatan, Tidak Perasan Anak Berusia 5 Tahun Jatuh Balkoni Hotel

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang kanak-kanak memanjat penghadang balkoni sebuah hotel sebelum terjatuh.

Dalam insiden yang dilaporkan berlaku di Pattaya itu, kanak-kanak perempuan yang baru sahaja berumur 5 tahun itu terjatuh dari tingkat tinggi hotel yang terletak di Pantai Jomtien. Kejadian malang ini berlaku pada Ahad lepas.

Walau bagaimanapun, keajaiban benar-benar berlaku di mana kanak-kanak tersebut dilaporkan hanya mengalami kecederaan iaitu patah tangan dan kaki.

Menurut laporan media tempatan, bapa mangsa iaitu Decha Sukphlam dipercayai tertidur akibat terlampau penat dan langsung tidak menyedari yang anaknya itu telah keluar dari bilik.

Decha yang bertugas sebagai pegawai imigresen membawa anaknya ke hotel itu untuk urusan kerja di Pattaya, lapor Ruk Siam News.

Decha mengatakan bahawa anaknya memang mengalami masalah berjalan ketika tidur.

Menerusi rakaman CCTV, dapat dilihat kanak-kanak itu berlari di koridor dan kelihatan seolah-olah sedang sesat dan cuba untuk mencari bilik yang didiaminya.

Sebaik sahaja gagal membuka pintu sebuah bilik, dia kemudiannya bertindak memanjat penghadang balkoni dan dilihat bergantung pada selusur sebelum terjatuh.

Walau bagaimanapun, tingkat hotel di mana mangsa terjatuh tidak dinyatakan oleh media tempatan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca