Tidur Dengan Mayat Isteri Dan Anak, Lelaki Ini Sanggup Bunuh Keluarga Dalam Satu Malam

Seorang lelaki bernama Anthony Harvey disabitkan bersalah kerana membunuh isteri, ibu mentua dan ketiga-tiga anaknya dalam sebuah kediaman bertempat di Bedford, Perth.

Kronologi pembunuhan bermula apabila isteri pembunuh iaitu Mara Harvey pulang ke rumah selepas bekerja di salah sebuah pasar raya di Australia pada waktu malam.

Kejadian bermula sejurus selepas Mara membuka pintu dan memasuki rumahnya. Sewaktu melangkah ke dalam rumah itu, dia secara tiba-tiba diserang oleh suaminya. Anthony memukulnya menggunakan paip logam dan menikamnya berulang kali. Kemudian, dia menghayunkan parang dan menetak isterinya sebanyak 12 kali.

Setelah berjaya membunuh Mara, Anthony bergegas menuju ke bilik anak-anaknya. Pelaku seterusnya menikam darah dagingnya sendiri sehingga mati. Perbuatan itu dilakukan oleh Anthony secara laju dan kejam.

Seusai membunuh keluarga kecil itu, kesemua mayat dibaringkan seolah-olah sedang berpelukan antara satu sama lain. Anthony juga meletakkan alatan permainan milik anaknya di sekeliling mayat-mayat tersebut.

Kemudian, dia menutup mayat-mayat itu dengan selimut lalu meletakkan sekuntum bunga berserta sekeping nota. Lebih memilukan apabila nota tersebut berisi satu ucapan yang menzahirkan perasaan cintanya kepada sang isteri.

Misi pembunuhan Anthony tidak berakhir begitu sahaja. Malah, dia tetap memutuskan untuk bermalam di kediamannya bersama mayat-mayat berkenaan. Lelaki ini rupanya memiliki agenda tersendiri.

Dia telah merancang untuk melakukan pembunuhan seterusnya. Mangsa selanjutnya merupakan ibu kepada Mara iaitu ibu mentuanya sendiri yang dikenali sebagai Beverley Quinn berusia 73 tahun.

Seperti biasa, rutin harian wanita tua itu ialah datang ke rumah anak dan menantunya untuk membantu menguruskan cucu-cucu kesayangannya.
Warga emas ini turut dibunuh oleh Anthony menggunakan paip logam yang sama sewaktu memukul isterinya.

Pembunuh berkenaan turut meninggalkan secebis nota pada atas mayat wanita tua itu. Lebih kejam lagi apabila kesemua mayat ini dibiarkan selama lima hari di rumah tersebut.

Selepas itu, Anthony meninggalkan kediamannya dan mengeluarkan sejumlah wang simpanan di dalam akaun perkongsian milik dia dan isteri. Kemudian dia terus menuju ke rumah orang tua kandungnya di pekan Palbara. Setibanya di tempat tersebut, dia bercerita segala perbuatan jahatnya itu kepada ayahnya.

Tanpa membuang masa, ayah kepada pembunuh tersebut segera menghubungi polis dan menyerahkan anaknya kepada pihak berkuasa. Anthony akhirnya ditahan dan disoal siasat untuk merungkai penyebab kejadian tersebut berlaku.

Dia akhirnya mengaku bersalah membunuh isteri, ketiga-tiga anak dan ibu mentuanya pada bulan April tahun ini. Anthony kini dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca