Baru-baru ini, pihak berkuasa menahan seorang bapa berusia 41 tahun atas dua pertuduhan kerana merogol darah daging sendiri. Tertuduh pada awalnya enggan mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu hari ini.
Namun, lelaki berkenaan akhirnya mengaku bersalah sejurus selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Berdasarkan pertuduhan, pelaku didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa di sebuah rumah yang terletak di Kampung Chabang Tiga antara jam 3 hingga 4 pagi pada bulan Julai hingga Ogos lalu.
Ini bermakna, tertuduh melakukan perbuatan sama di lokasi dan waktu yang sama terhadap anak sulungnya pada 17 Ogos lalu.
Menurut laporan Awani, pelaku boleh dihukum di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan iaitu penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.
Difahamkan bahawa mahkamah telah menetapkan 25 Oktober hadapan bagi sebutan semula kes untuk penyerahan dokumen. Bagaimanapun, pihak pengadilan tidak menawarkan sebarang jaminan.
Lebih menyedihkan apabila mangsa kini dikhabarkan hamil tujuh minggu berikutan keadaannya yang kurang sihat akibat muntah-muntah ketika menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
Sebagai ibu bapa, berilah perlindungan sebaiknya kepada anak-anak anda bukan dengan menganiaya darah daging sendiri.