Bapa Hilang Akal, Lelaki Ini Sanggup Terjun Ke Landasan Kereta Api Bersama-Sama Anak Kecilnya

Baru-baru ini, sebuah kejadian bunuh diri secara sengaja melibatkan seorang bapa yang terjun ke landasan kereta api bersama seorang anak kecil dalam gendongannya.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di sebuah stesen kereta api di Bronx, New York. Difahamkan bahawa lelaki bernama Fernando Balbuena sempat berkata “dengan nama Tuhan, dengan nama Tuhan” secara berulang kali sebelum terjun ke landasan berkenaan.

Malangnya, lelaki itu tewas dalam insiden berkenaan apabila dia digilis oleh kereta api berikutan dirinya tidak sempat diselamatkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian. Sebaliknya, anak kepada mangsa berjaya diselamatkan oleh salah seorang pengguna komuter di situ.

Menurut laporan Mirror, tubuh kanak-kanak tersebut dipenuhi dengan lebam dan calar balar kesan daripada pertolongan seorang pemuda yang menariknya keluar segera dari landasan itu.

Saksi di tempat kejadian melaporkan bahawa sebelum insiden terjadi, Fernando kelihatan seperti sedang bergaduh dengan seseorang menerusi panggilan telefon. Anehnya, isteri kepada Fernando, Niurka Caraballo mengatakan bahawa dia yang berhubung dengan Fernando pada ketika itu.

Niurka yang kini merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak itu mengatakan bahawa Fernando sedang menjalani rawatan bagi mengatasi masalah kemurungan yang dialami oleh suaminya.

Tindakan Fernando amat memilukan dan memeranjatkan seluruh keluarganya, namun mereka berasa sedikit lega kerana sekurang-kurangnya insiden berkenaan tidak meragut nyawa anak kecil tersebut.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca