[Video] Kelibat Mendiang Bapa Cium Anak Dalam Kandungan, Wanita Ini Kaget Lihat Ujian ‘Ultrasound’

Seorang wanita terkejut selepas mendapati ujian imbasan ultrabunyi yang dilakukan olehnya menunjukkan kelibat mendiang bapa sedang mencium anaknya.

Insiden ini berlaku selepas Shantel Carrillo menjalani ujian imbasan ultrabunyi untuk melihat keadaan anak perempuannya yang kini menjangkau usia lima bulan.

Walau bagaimanapun, wanita dari San Diego, Amerika Syarikat itu terkejut selepas melihat wajah seseorang pada imej pengimbas. Apa yang lebih mengejutkan ialah bukan Shantel sahaja yang sedar akan wajah terbabit sebaliknya warganet turut meninggalkan komen tentang perkara yang sama di laman media sosial miliknya!

Salah satu daripada komen itu berbunyi, “Kelihatan seperti ‘seorang malaikat’ sedang mencium bayi dalam kandungan anda menerusi imbasan ultrabunyi tersebut.”

Sumber: ERA

Sebaik sahaja dia membaca komen berkenaan, wanita itu percaya bahawa imej tersebut ialah mendiang bapanya kerana wajah dalam imej itu kelihatan sama seperti foto lama keluarga mereka.

Shantel berkata, “Imej itu mempunyai hidung, pipi dan double chin bapa. Selain itu, bapa juga suka pakai topi seperti dalam imej itu sepanjang masa. Kelihatan seperti bibirnya sedang mencium bayi dalam perut itu dengan cukup sempurna.”

Dalam pada itu, Chuck iaitu bapa kepada Shantel meninggal dunia secara mengejut pada 2016. Sehingga kini, anak sulung Shantel merupakan cucu perempuan tunggal Chuck.

Wanita itu kemudiannya berkata, “Saya dapat rasakan sekiranya bapa masih hidup, pasti dia akan sangat teruja apabila dia dapat tahu tentang bayi dalam kandungan ini.”

Shantel dijangka melahirkan anak pada bulan April iaitu beberapa hari sebelum hari lahir mendiang bapanya itu.

Benarlah pepatah Melayu yang mengatakan bahawa kasih ibu membawa ke syurga tetapi kasih bapa sepanjang masa. Adakah anda dapat melihat persamaan tersebut? Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca