Bapa Beri Dadah Sejak Usia 6 Tahun, Ini Pendedahan Robert Downey Jr.

Aktor ternama Hollywood Robert Downey Jr. (RDJ) mendedahkan bahawa dia sudah mengenali dan mengambil dadah sejak berusia enam tahun lagi.

Walaupun namanya masyhur sebagai salah satu adiwira kegemaran ramai peminat di seluruh dunia, Robert sebenarnya mempunyai kisah hitam yang terpaksa dilalui dalam dunia realiti.

Kisah hitam Robert Downey Jr.

Sumber: Instagram @officialteamdowney

Robert mendedahkan dalam filem dokumentari Sr. yang disiarkan di Netflix bahawa dia mula mencuba dadah yang diberikan oleh bapanya sendiri ketika berusia enam tahun.

Robert turut mendedahkan menerusi satu temu bual pada tahun 1988 bahawa dadah merupakan pengikat hubungan emosional antara dia dan bapanya.

“Apabila saya dan bapa mengambil dadah bersama-sama, ia seperti dia cuba menunjukkan kasih sayangnya kepada saya dalam cara yang dia tahu,” ujarnya.

Harper’s Bazaar melaporkan isteri RDJ iaitu Susan berkata suaminya telah berhenti mengambil dadah pada tahun 2003 selepas wanita itu memberikan kata dua kepada aktor tersebut.

Apabila melihat bintang Marvel itu mengambil minuman keras ketika berusia enam tahun, Robert Downey Sr sama sekali tidak menghalang anak bongsunya sebaliknya dia memberikan rokok ganja kepada anaknya.

Sumber: Netflix

Memetik laporan Daily Mail, Sr mengaku beberapa tahun selepas itu bahawa dia telah melakukan perbuatan bodoh dengan memberikan dadah kepada anak lelakinya yang berusia enam tahun.

Dokumentari yang dibikin selama tiga tahun itu turut memaparkan betapa teruk cara didikan yang diterapkan Sr terhadap aktor berusia 57 tahun itu termasuk mengajar lelaki berkenaan menonton filem yang mengandungi unsur tidak sopan ketika dia masih kanak-kanak.

Walaupun ramai orang menganggap RDJ berhak membenci bapanya, bintang Marvel itu sebaliknya memuji ayahnya kerana membantunya bersih daripada penggunaan dadah.

Sr berhenti mengambil dadah selepas mengikat tali perkahwinan bersama Laura Ernst pada tahun 1991 dan kekal bersih selepas pemergian wanita itu pada tahun 1994.

“Walaupun saya mengambil masa 20 tahun lagi untuk tidak lagi mengambil dadah, awak (Sr) dan Laura menjadi kuasa yang stabil untuk saya,” ujar RDJ.

Sumber: Digital Spy

Apabila mengenangkan pemergian Laura yang menghembuskan nafas terakhir kerana menghidap penyakit Lou Gehrig, RDJ sebak dan teringat semula bagaimana bapanya tidak kembali menagih dadah (relapse) pada waktu itu.

“Apabila awak kehilangan dia (Laura) dan masih kekal bersih selepas itu, awak hanya memberitahu saya untuk kekal di planet ini dan tidak berputus asa. Ia merupakan perkara yang sangat penting,” ujar RDJ kepada bapanya.

Menerusi dokumentari tersebut, anda dapat melihat bagaimana Sr mengaku dia kesal kerana telah membiarkan anak lelakinya itu terjebak dengan dadah.

Bapa bintang utama Iron Man itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun akibat penyakit Parkinson. Anda boleh tonton video trailer dokumentari ini di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca