Tular di media sosial semalam berkenaan seorang instafamous wanita yang menjadi tahanan sewaktu operasi serbuan OPS GM AYANG dilaksanakan oleh pihak berkuasa kelmarin.
Wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak berkuasa bersama lagi dua suspek yang merupakan bapa dan juga kenalannya.
Lebih mengejutkan apabila serbuan polis itu berjaya membuktikan kesemua perbuatan dan hasil rompakan anak-beranak tersebut.
Hasil daripada serbuan telah memperlihatkan penemuan kereta mewah, telefon bimbit, wang palsu, jam tangan, kad penguatkuasa polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta beberapa jenis dadah.
Difahamkana apabila keseluruhan jumlah bagi barang yang merupakan hasil rompakan mereka adalah sebanyak 71 unit.
Rata-rata pengguna di Twitter mengecam kelakuan mereka yang bertindak mencuri dan merompak harta milik orang lain semata-mata demi hidup mewah dan bergaya.
Kesimpulannya, elakkanlah diri daripada perbuatan yang tidak baik. Sebaliknya, lakukanlah sesuatu dengan usaha yang bersungguh-sungguh agar tidak memudaratkan diri pada masa akan datang.