Bantu Golongan Terjejas, Masjid Di Turki Sediakan ‘Pasar Raya’ Mini

Pandemik COVID-19 telah memaksa semua masjid untuk menggantung solat jemaah bagi mengelakkan penularan. Sebuah masjid di Istanbul, Turki telah menempatkan sebuah ‘pasar raya’ mini untuk golongan yang terjejas.

Menurut Imam Masjid Dedeman, Abdul Samet Cakir, beliau memulakan idea itu untuk membantu golongan miskin di tempat beribadah.

“Selepas solat berjemaah digantung di masjid, saya mempunyai idea untuk menghidupkan kembali masjid-masjid dengan menyatukan golongan berkemampuan dengan golongan yang memerlukan,” kata Imam Cakir.

Imam yang berusia 33 tahun itu juga memaklumkan masjid itu telah menyediakan khidmat tersebut sejak dua minggu lalu dan mendekati sekitar 120 individu memerlukan setiap hari.

“Senarai bantuan itu mempunyai lebih daripada 900 orang. Kami juga melakukan jarak sosial serta memakai penutup hidung mulut (topeng muka) dan dibenarkan dua orang masuk ke masjid untuk mengambil apa-apa yang diperlukan,” jelasnya.

Masjid yang berada di daerah Sariyer, Istanbul itu tidak menerima derma dalam wang tunai tetapi sebaliknya menerima pakej bantuan.

Malah, rak-rak masjid itu juga dipenuhi barangan yang dihantar dari seluruh Turki dan juga dari luar negara. Antara barangan dapur yang ada ialah, pasta, botol minyak, biskut dan lain-lain.

“Semua orang melakukan apa sahaja untuk membantu mereka yang memerlukan. Misalnya, seorang lelaki Muslim yang tinggal di Perancis membuat pembelian dalam talian dan menghantar bantuan ke masjid kita,” katanya.

Untuk rekod, Turki kini mencatatkan 112,261 kes positif COVID-19 dan 2,900 angka korban.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca