Hubungan persahabatan di antara sahabat berlainan bangsa ini menarik perhatian warganet baru-baru ini. Ia adalah susulan sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter mengenai rakannya yang berbangsa India ini cuba membantu membetulkan arah kiblatnya.
Video berdurasi selama sepuluh saat yang dimuat naik di Twitter itu menerima lebih 15,000 retweets. Di dalam video tersebut, rakannya Leonard memeriksa kompas di telefon miliknya bagi mendapatkan kiblat yang betul untuknya solat.
See how my indian friend fixs my qibla accurately #friendshipTillJannah pic.twitter.com/MxU4JuK5BY
— 𝔸 ᴍ ᴇ ʀ (@AFAAG116) June 25, 2020
Di dalam video yang dirakamkan ini, Amer yang berada di rumah Leonard itu mahu menumpang solat Maghrib dan bersiap sedia membentangkan sejadah. Sambil menunggu masuk waktu, Leonard kemudian bertanya arah mana yang perlu diikut jika mahu solat.
“Dia tanya I solat ikut arah apa, so I cakap la kalau dekat Malaysia it’s 292-291 degree. So dia pakai kompas dekat telefon dan check,” kata Amer.
Video ringkas yang dimuat naiknya ini telah membuatkan rata-rata warganet berasa tersentuh dengan keprihatinan yang ditunjukkan rakannya itu. Walaupun berlainan bangsa dan agama, sikap hormat menghormati di antara mereka wajar diberikan pujian.
that is kinda cute thoo helping you so that u can pray properly 😂😂
— MΛПZIQ (@HforHaziq) June 25, 2020
Fella trying to sneak into heaven 😂😂
— Jeet Thurai (@jeetthurai) June 25, 2020
Awww the way he avoided stepping on the sejadah. ♥️
— ; (@rosywana) June 26, 2020
Sebelum ini, kami pernah kongsikan kisah yang hampir sama seperti cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah: