Bank Tersilap Akaun Masuk RM13.85 Juta, Pelajar Malaysia Ini Didakwa

bank-tersilap-akaun-masuk-rm-13.85-juta-pelajar-malaysia-ini-didakwa

Atas dakwaan membelanjakan jutaan ringgit membeli barangan mewah dengan menggunakan wang yang tersilap dimasukkan ke dalam akaun bank, seorang warganegara Malaysia telah ditahan di lapangan terbang Sydney ketika hendak meninggalkan Australia.

Difahamkan, Christine Jiaxin Lee, 21, telah membuka akaun pada 2012 dan wang berjumlah A$4.6 juta (RM13.85 juta) tersilap dimasukkan ke dalam akaun bank Westpac.

Pada masa yang sama, secara tidak sengaja dia diberikan kemudahan overdraf tanpa had oleh pihak Westpac.

Sumber: Tribunnews

Menurut laporan daripada Barclay Churchill, Christine Lee telah membelanjakan sebanyak A$3.3 juta (RM9.9 juta) untuk membeli beg tangan serta beberapa barangan mewah yang lain.

Dia telah dihadapkan ke mahkamah tempatan Waverley bagi menghadapi tuduhan dengan mengambil kesempatan menggunakan wang itu walaupun tahu bahawa ia adalah kesalahan jenayah.

Christine Lee melakukan kesalahan terbabit di antara Julai 2014 hingga Mac 2015 serta gagal memaklumkan kepada pihak bank bahawa dia tidak berhak memiliki wang tersebut, menurut dokumen daripada mahkamah.

Polis memulakan siasatan pada 2012, namun waran tangkap terhadap Christine Lee hanya dikeluarkan pada Mac 2016. Mahkamah telah dimaklumkan bahawa sebelum ini Christine Lee pernah cuba dihubungi pihak polis.

Serentak dengan itu, dia memohon pasport kecemasan Malaysia untuk meninggalkan tanah air. Bagaimanapun, peguam yang mewakilinya berkata, Christine Lee hendak pulang ke Australia untuk melawat ibu dan bapanya.

Walau bagaimanapun, Christine Lee dibenarkan ikat jamin sebanyak A$1,000 (RM3,000).

Majistret Lisa Stapleton berkata, perbuatan Christine Lee itu tidak sampai ke tahap jenayah. Tetapi kes tersebut mengenai wang yang semua orang inginkan.

“Dia tidak mengambilnya daripada bank, mereka yang memberikan kepadanya,” katanya.

Jika keadaan seperti itu, Christine Lee hanya berhutang wang yang sudah dibelanjakan tetapi tidak melanggar undang-undang, menurut majistret itu lagi.

Berikutan kejadian itu, Christine Lee tidak dibenarkan memasuki mana-mana lapangan terbang atau pelabuhan di negara itu serta perlu melapor diri kepada pihak polis dua kali sehari.

Christine Lee merupakan warganegara Malaysia dan pelajar kejuruteraan kimia. Dia menetap di Australia sejak 5 tahun lalu bersama teman lelakinya di Rhodes.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pda pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca