Banjir Semakin Teruk, Abang Viva Beri Bantuan Di Hulu Terengganu

Sukarelawan terkenal ini terus bergerak dengan pasukannya ke Pantai Timur untuk bantu mangsa banjir di sana.

Azwan Omar, 30 atau dikenali dengan gelaran, Abang Viva atas sebab inisiatifnya bergerak seorang diri membawa bot dengan kereta Viva pada musim banjir lepas kini berada di Terengganu dengan membawa Mitsubishi Triton.

Apabila tiba di Terengganu, hujan yang berterusan telah hadkan pergerakan mereka lalu mereka pun segera hulurkan bantuan di kawasan Hulu Terengganu.

“Kita bersama pasukan bomba telah mengadakan misi menyelamat penduduk di Kuala Berang, Hulu Terengganu yang terjejas banjir,” terangnya.

Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang V-Va merancang untuk bergerak ke Kelantan memandangkan negeri itu sekarang sedang dilanda banjir yang semakin serius.

Pasukan mereka turut mengumpul sumbangan orang awam untuk mangsa-mangsa banjir.

“Selain menyelamat kita turut memberikan bantuan kepada mangsa banjir terjejas melalui sumbangan orang ramai menerusi akaun persatuan kita,” katanya.

Buat masa sekarang, mereka semua masih di Terengganu kerana laluan untuk ke Kelantan belum dibuka.

Sumber: Kosmo

“Saya dan pasukan sukarelawan akan terus menjalankan misi di Hulu Terengganu ini memandangkan pergerakan kami untuk ke tempat lain juga agak terbatas kerana banyak kawasan telah dinaiki air.

“Bantuan dapat diberikan kepada penduduk melalui kerjasama pasukan bomba yang giat melakukan misi menyelamat di Hulu Terengganu dan Kuala Berang,” ujarnya tentang keadaan mereka di sana.

Menurut penerangan yang diberi, hujan yang berterusan telah membuatkan misi sukarelawan kali ini agak sukar untuk beroperasi bagi membantu mangsa yang terlibat.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca