Hujan Lebat Yang Berterusan, Daerah-Daerah Di Kedah Mengalami Banjir Kilat

ALOR SETAR: Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah telah menerima laporan mengenai kejadian banjir kilat di empat daerah di negeri tersebut. Ini disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan pada hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata antara kawasan yang terkesan termasuklah Pokok Sena, Kubang Pasu, Baling dan Padang Terap.

Beliau turut berkata bahawa lima pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terbabit dalam operasi di daerah berkenaan iaitu BBP Alor Setar, Pokok Sena, Jitra, Baling dan Kuala Nerang.

“Operasi menyelamatkan mangsa banjir di Pokok Sena membabitkan kawasan Kampung Kotan, Kampung Lubuk Macang, Kampung Rotan, dan Kampung Kolon yang disertai anggota dari BBP Pokok Sena dan dibantu BBP Alor Setar”.

“Operasi itu melibatkan pemindahan 16 orang mangsa banjir daripada tiga keluarga di Kampung Kotan serta 11 mangsa di Kampung Lubuk Manchang ke tempat selamat”. Katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi menyelamat mangsa banjir yang melibatkan empat orang daripada satu keluarga di Jalan Kampung Kemunting lama, Jitra selepas rumah mereka dilaporkan dinaiki air setinggi dua meter.

Beliau berkata operasi ini telah disertai sepasukan anggota dari BBP Jitra yang memulakan operasi pemindahan sekitar 5.18 petang semalam dan kesemua mereka dipindahkan dengan bantuan orang awam.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca