Banjir Di Terengganu Makin Buruk, Jumlah Mangsa Yang Dipindahkan Bertambah

Hari kedua banjir di Terengganu melibatkan jumlah penduduk yang terjejas banjir di Terengganu semakin meningkat kepada seramai 3,229 orang di lima daerah setakat jam 2 petang tadi.

Mangsa banjir membabitkan keseluruhan 896 keluarga yang ditempatkan di 63 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun, Besut dan Setiu, bertambah berbanding hanya 2,598 daripada 752 keluarga di 59 PPS setakat 12 tengah hari tadi.

Melalui laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, banjir di Kemaman semakin buruk apabila jumlah mangsa semakin bertambah dan 21 PPS dibuka bagi menempatkan 1,914 penduduk daripada 518 keluarga yang meningkat daripada 1,384 mangsa membabitkan 386 keluarga.

Manakala di Hulu Terengganu, 493 mangsa daripada 156 keluarga berada di 14 PPS. Jumlah mangsa banjir di Besut turut meningkat apabila 105 keluarga membabitkan 466 penduduk berada di 13 PPS setakat jam 2 petang, berbanding 435 mangsa daripada 99 keluarga di 13 PPS tengah hari tadi.

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Setiu tidak berubah, kekal dengan 297 mangsa daripada 103 keluarga di 10 PPS. Manakala di Dungun, 59 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke lima PPS. Keadaan cuaca semasa di kebanyakan daerah masih hujan lebat.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca