Banjir Di Kelantan, Tiga Beradik Meninggal Dunia Akibat Renjatan Elektrik

Tiga beradik perempuan terkorban di Kelantan akibat terkena renjatan elektrik di rumah yang dibanjiri air.

Tengah hari semalam, kemalangan ini berlaku ketika salah seorang daripada adik-beradik itu tergelincir lalu memegang tiang di luar sebuah rumah.

Jiran mereka, Nor, 50 menceritakan semula kejadian tersebut kerana dia kebetulan berdekatan dengan tempat kejadian.

Terang Nor, disebabkan Nurul Syazwani, 33 terjatuh, dua beradik lain, Noor Fatihah, 27 dan Sakinah, 29 telah segera bergerak untuk bantu kakak mereka yang menyebabkan ketiga-tiga perempuan itu terkena renjatan elektrik.

Melihat kemalangan itu berlaku di depan mata, Nor terus meminta pertolongan dari penduduk kampung dan hubungi bantuan kecemasan.

Wanita itu terkejut menjadi saksi kejadian tersebut kerana ia berlaku selepas dia bertegur sapa dengan mereka yang sedang mengharungi banjir di hadapan rumahnya.

“Difahamkan, terdapat sambungan dawai yang pecah sekali gus menyebabkan ada aliran elektrik pada tiang garaj terbabit.

“Saya sangat sedih melihat mayat mereka bergelimpangan di hadapan mata,” kata Nor.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengatakan yang mereka telah menerima aduan tentang kejadian tersebut.

Oleh itu, semua jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca