‘Banjiha’: Penghuni Yang Tinggal Di Apartment Tingkat Bawah Tanah Seperti Dalam Filem Parasite

Filem Parasite mengisahkan tentang keluarga Kim yang tinggal di sebuah rumah sempit tingkat bawah tanah dan menyusup masuk bekerja dengan keluarga Park yang tinggal di sebuah rumah elit di Seoul.

Filem berkenaan adalah fiksyen namun apartment seperti yang digambarkan dalam cerita tersebut dan ribuan orang yang tinggal di dalamnya memang wujud di Seoul, Korea Selatan. Mereka digelar ‘Banjiha’.

Kewujudan ruang sempit bawah tanah ini bermula sejak zaman konflik antara Korea Utara dengan Korea Selatan.  Pihak Korea Utara cuba menceroboh Korea Selatan dan berlaku beberapa insiden serangan pengganas.

Bimbang kejadian itu semakin menjadi-jadi, pada tahun 1970 kerajaan Korea Selatan telah menggaris kod pembinaan bangunan; mana-mana bangunan apartment kos rendah perlu ada tingkat bawah tanah sebagai tempat perlindungan sekiranya berlaku darurat dalam negara.

Pada mulanya, tempat itu diharamkan untuk aktiviti sewaan. Namun oleh sebab berlaku krisis perumahan pada tahun 1980, akhirnya kerajaan mengiktiraf ruang bawah tanah ini untuk dihuni dari segi undang-undang.

Kini, kebanyakan Banjiha terdiri daripada orang-orang muda yang bekerja keras demi menampung hidup dan tidak mampu memiliki rumah di kota mahal itu.

Tempat tinggal Banjiha ini dikatakan simbol kemiskinan. Sesetengah penduduk berusaha mengatasi stigma masyarakat tetapi ada juga yang tak kisah untuk tinggal di situ kerana kos sewa yang lebih murah.

Julie Yoon, seorang koresponden BBC warga Korea cuba menyelami kehidupan di bawah tanah tersebut. Menurut beliau, tempat itu gelap dan sukar mendapat pencahayaan matahari sehingga tumbuhan pun tak boleh hidup.

Namun rata-rata penghuni yang ditemuinya mengatakan yang mereka OK dengan apartment itu walaupun tidak biasa pada mulanya dan siap ada yang buat vlog tentang cara-cara menghias rumah sempit.

Untuk membaca lagi artikel mengenai Korea Selatan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca