Impian rakyat England untuk melihat bangunan The Tulip bakal menjadi kenyataan selepas pemaju telah diberikan kelulusan oleh jawatankuasa City of London’s Corporation bagi projek tersebut.
Sebelum ini, syarikat Foster + Partners mengemukakan cadangan untuk membina bangunan pencakar langit ini menjelang tahun hadapan. Bangunan ini diberi nama The Tulip kerana bentuknya seakan bunga tulip dan dijangka siap pada tahun 2025.
The Tulip akan dibina di Bury Street berdekatan dengan bangunan The Gerkin yang juga merupakan hasil binaan syarikat yang sama. Bangunan pencakar langit ini dibina setinggi 305 meter dan bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di Eropah selepas bangunan The Shard iaitu setinggi 310 meter.
Apa yang menariknya tentang bangunan ini ialah pengunjung boleh menikmati pemandangan dari tingkat yang diperbuat daripada kaca dan terdapat juga tiga sistem gendola kaca yang berputar. Selain itu, bangunan ini juga mempunyai pelbagai kemudahan yang disediakan seperti bar dan restoran.
The Tulip dijangka akan menarik 1.2 juta pelawat di London setiap tahun apabila dibuka pada tahun 2025. Diharapkan agar bangunan ini dapat disiapkan supaya pengunjung berpeluang untuk menikmati pemandangan yang indah di tingkat atas yang diperbuat daripada kaca.